My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 16 March 2017

    Jika Boleh, Dia Mahu Bawa Kemati!





    Bagi setiap manusia, pasti ada sesuatu yang paling disayanginya. Tidak kiralah samada ianya benda mahupun pekerjaan yang diusahakan, pasti amat sukar memisahkan seseorang itu dengan perkara yang diminatinya. 

    Inilah yang berlaku terhadap Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang terhadap partinya, Democratic Action Party (DAP). Sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1966, tiada orang lain yang difikirkan layak mengetuai parti ultra kiasu ini selain daripada Lim Kit Siang. 

    Hari ini, usia DAP sudah mencecah 51 tahun dan selama itulah Lim Kit Siang mengetuai parti yang diasaskannya sendiri. Boleh dikatakan, beliau menghabiskan tiga suku usianya hanya untuk berjuang mengetuai DAP bagi mencapai impiannya menakluk Malaysia menerusi politik.

    Mungkin juga, ini adalah pesanan terakhir mentornya, Lee Kuan Yew yang mahu memastikan parti serpihan PAP di Singapura ini menawan Malaysia dan sekaligus bergabung semula dengan PAP. Apa yang menariknya, kedudukan Lim Kit Siang di dalam parti ini memang langsung tidak dicabar (atau mungkin dihalang untuk dicabar) jika melihat kepada nama Democratic yang ada pada parti ini.

    Disatu kesempatan, penulis sempat bersembang dengan salah seorang ahli DAP yang kini sudah semakin muak dengan hipokrasi parti ini. Dia yang enggan namanya disiarkan memberitahu, DAP hari ini lebih tertumpu kepada pembangunan Dinasti Lim untuk menjadi keluarga elit memerintah Malaysia.

    Dia juga bersetuju dengan sesetengah pendapat bahawa Lim Kit Siang akan mewariskan parti ini kepada anak-anaknya sahaja memandangkan Lim Kit Siang sendiri tidak mempercayai orang lain selain dari kaum keluarganya sahaja.

    Justeru, dia menganggap, cara yang dilakukan Kit Siang ini sama seperti cara Korea Utara dan Singapura menguruskan negara mereka. Lihat sahaja Korea Utara, keluarga Kim langsung tidak mempercayai orang lain untuk mentadbir negara. Justeru, kepimpinan tertingginya akan mewarisi negara berkenaan kepada anak-anak mereka.

    Begitu juga dengan Singapura. Seingatnya, hanya sekali Singapura di ambil alih sebentar oleh orang lain yang bukan dari keluarga Lee. Itupun hanya sepenggal sebelum jawatan Perdana Menteri kekal menjadi hak milik eksklusif keluarga Lee. Dia juga mempersoalkan, adakah ini lambang demokrasi yang sering dilaungkan oleh DAP dan Singapura?

    Secara sinis dia berkata, mungkin sikap Lim Kit Siang yang sukar mempercayai orang lain akan menyebabkan Kit Siang lebih rela membawa idealogi DAP dan parti itu sendiri ke liang lahat. Beliau lebih rela membunuh DAP daripada mewarisi parti itu kepada pihak lain. Bukankah sama idealogi DAP ini dengan Korea Utara?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jika Boleh, Dia Mahu Bawa Kemati! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top