My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 12 March 2017

    ‘Saya Memang Tidak Boleh Menyanyi’




    BUKAN sedikit kata-kata nista dihamburkan haters terhadap aktres popular, Mira Filzah terutamanya apabila membuat keputusan mencabar kebolehan diri dalam bidang nyanyian sebaik berduet bersama Aliff Aziz menerusi lagu Sandar Padaku baru-baru ini. 

    Pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, sebelum ini secara terbuka mengakui dirinya tidak berbakat untuk menyanyi, justeru keputusannya menyanyikan lagu tema (OST) drama Meh Sandar Padaku sememangnya mengundang persepsi skeptikal khalayak.

    Tidak mudah melatah dengan kecaman sedemikian, Mira akur jika keputusannya untuk menjadi penyanyi dipertikaikan netizen. Menurutnya, ia kerana majoriti netizen sebenarnya kurang arif betapa dia sekadar berdialog dalam lagu berkenaan dan bukannya benar-benar menguji kemampuan vokalnya sebagai penyanyi.

    “Sebenarnya, saya cuma berdialog dan bukannya benar-benar menyanyikan lagu berkenaan. Cuma, apabila umum mengetahui saya berduet dengan Aliff, ramai pula yang berprasangka sedemikian. Seperti mana yang dikatakan sebelum ini, saya memang tidak boleh dan tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi, selain tidak yakin untuk menyanyi di depan khalayak,” ungkap Mira.

    Pada masa sama, Mira turut menjelaskan bahawa tindakannya yang sering memuat naik video menyanyi lagu-lagu Hindustan di laman Instagramnya hanya sekadar suka-suka. “Ia sekadar menyanyi secara suka-suka dan saya menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka,” ceritanya lagi.

    Dalam perkembangan lain, Mira yang bakal tampil dengan drama terbaharu berjudul 3 Gadis Manis juga enggan lagi terpalit dengan gosip cinta lokasi seperti mana yang sering membayanginya sebelum ini.

    Disebabkan itu jelas Mira, dia lebih berhati-hati untuk bergambar dengan artis lelaki, selain mengawal foto-foto peribadi yang dimuat naik di laman sosial bagi menghindari kisah-kisah negatif seperti itu.

    “Saya bersyukur apabila tidak lagi dibelenggu gosip-gosip cinta sedemikian, jadi diharap supaya ia kekal berpanjangan. Buat masa ini, saya memang tidak menjalin hubungan istimewa dengan sesiapa kerana mengutamakan karier, tambahan pula masih muda untuk memikirkan soal rumah tangga,” ujarnya seraya menoktah bicara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Saya Memang Tidak Boleh Menyanyi’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top