My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 March 2017

    Minta Ubah Arah Kiblat


    Polis menahan seorang wanita yang cuba menyelinap masuk ke dalam sebuah hotel mewah yang didiami Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Nusa Dua, di sini kelmarin. Jurucakap polis berkata, wanita yang dikenali sebagai Dewi Palapa, 41, itu ditangkap cuba masuk ke Hotel St Regis, tempat Raja Salman dan keluarganya bercuti pada jam 12.55 tengah hari (waktu tempatan). 

    Katanya, wanita itu dilihat menunggang sebuah skuter sebelum berhenti berhampiran pintu masuk hotel mewah berkenaan yang dikawal ketat polis. Wanita itu berlegar-legar di hadapan pintu masuk hotel berkenaan sebelum tiba-tiba menyelinap masuk dengan mengekori beberapa kereta mewah yang masuk ke bangunan berkenaan.

    Anggota polis yang memerhati gerak-geri wanita itu kemudian segera menahan suspek dan membawanya ke pusat kawalan untuk pemeriksaan lanjut. “Ketika soal siasat, wanita itu mengaku dia mahu masuk ke hotel itu kerana mahu berjumpa dengan Raja Salman.

    “Wanita itu memberitahu dia mahu meminta Raja Salman menukar arah kiblat dari barat ke timur,” kata jurucakap berkenaan yang dipetik kompas.com.

    Wanita itu juga membawa satu beg yang mengandungi beberapa kertas yang tertulis puisi ditujukan kepada pemerintah Arab Saudi itu.

    Selepas disoal siasat, polis memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan sebelum membebaskannya. Raja Salman dan rombongannya bercuti di Bali hingga 12 Mac ini selepas melawat Malaysia dan Indonesia, baru-baru ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Minta Ubah Arah Kiblat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top