My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 March 2017

    JPB 2017 Temui Pelajar Di Sabah



    Selepas membuka tirai di Parlimen Bera, Pahang minggu lalu, kini Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 bakal menemui pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di lima buah daerah di negeri ini bermula hari ini hingga 22 Mac depan. 

    Projek khas inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menetapkan matlamat menyediakan peluang kedua kepada golongan pelajar Melayu dan Bumiputera kurang berkemampuan khususnya di luar bandar yang ingin melanjutkan pengajian.

    Menteri Mentor JPB 2017, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peluang keemasan itu terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan STPM antara tahun 2012 hingga 2016. “Menariknya buat pertama kali universiti awam akan menyertai JPB 2017 secara besar-besaran.

    “Pelajar yang berminat boleh hadir membawa kad pengenalan, slip peperiksaan dan pengesahan pendapatan ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Bagi keluarga yang tidak mempunyai slip gaji pula mereka perlu membawa surat pendapatan keluarga yang disahkan ketua kampung atau wakil rakyat di kawasan masing-masing.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JPB 2017 Temui Pelajar Di Sabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top