My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 March 2017

    Solekan Ekstrem Merubah Tubuh Dan Wajah


    Manusia sudah sekian lama sengaja mengubah suai tubuh badan mereka. Alasan mereka berbuat demikian amat berbeza antara satu sama lain. Bagi sebahagian masyarakat pengubahsuaian dilakukan atas alasan agama dan kepercayaan spiritual sementara yang lain, dilakukan untuk kelihatan lebih menarik atau supaya dilihat lebih buruk oleh jantina bertentangan. 

    Contohnya, wanita suku kaum Apatani di Arunachal Pradesh, India secara tradisi memakai penyumbat hidung supaya kelihatan hodoh, sekali gus mengurangkan ancaman mereka diculik oleh lelaki dari suku kaum lain.

    Bagaimanapun, amalan itu kini semakin berkurangan. Menajamkan gigi pula ialah amalan kuno yang diamalkan sejak peringkat awal manusia. Dalam sesetengah budaya gigi diasah kerana dipercayai boleh mengawal tenaga negatif, sementara yang lain untuk menggambarkan kedudukan sosial, usia atau meniru haiwan ganas.

    Wanita masyarakat Mursi di Habsyah memakai piring besar dalam bibir mereka. Ia mungkin nampak dramatik dan menyakitkan, tetapi menurut tradisi masyarakat berkenaan, semakin besar piring itu semakin menarik wanita berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Solekan Ekstrem Merubah Tubuh Dan Wajah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top