My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 March 2017

    Dari Politik Ke Meja Penulisan




    Dalam arus kemodenan dan kepesatan teknologi maklumat hari ini, segala berita akan cepat tersebar tanpa memperdulikan samada berita berkenaan tepat atau sebaliknya. Dari sudut postifnya, orang ramai akan cepat tahu dan memahami duduk sebenar sesuatu berita. Tetapi dari sudut negatifnya, kecepatan sesuatu berita berkenaan boleh menimbulkan persoalan tentang kebenarannya.

    Inilah dilema yang dihadapi oleh sesetengah ahli politik. Bagi pihak lawan, apa sahaja berita yang boleh memberi keuntungan kepada mereka, mereka akan sebarkan terlebih dahulu tanpa merujuk kepada fakta sebenar. Ini menyebabkan ramai pemimpin kerajaan hari ini terperangkap dalam mainan persepsi dan sekaligus memburukkan imej mereka pada mata masyarakat.

    Apa yang menarik untuk dikongsikan adalah bagaimana Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggunakan media semaksimum mungkin untuk menerangkan sesuatu perkara dan merungkai beberapa persoalan.

    Siapa sangka, dalam kesibukan beliau melakukan tugasnya selaku Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, beliau mempunyai kolum khas di akhbar The Star. Kolum yang diberi nama Walking on the edge ini akan disiarkan pada setiap minggu pada hari Jumaat.

    Menurut Datuk Seri Liow, medium ini difikirkan sesuai untuk beliau bagi menjawab apa jua isu yang membabitkan diri, parti dan kementerian yang diketuainya. Melalui medium ini, beliau dapat menjawab pelbagai persoalan yang kerap diajukan kepada beliau secara mudah dan meluas.

    Harus diingat, tugasan beliau selaku Presiden dam seorang Menteri kadang kala menyebabkan banyak persoalan dibiarkan tergantung tanpa mendapat jawapan yang tepat. Justeru, menyedari akan keadaan ini, beliau mengambil inisiatif yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin untuk menerangkan sendiri apa jua perkara melalui satu ruang disalah sebuah akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Malaysia.

    Apa yang diharapkan, menerusi ruangan ini, orang ramai akan lebih memahami hala tuju MCA dan kementerian yang diketuainya. Pastinya, beliau akan menjawab apa jua persoalan yang timbul tanpa memerlukan kerumunan wartawan. Orang ramai juga boleh berinteraksi secara terus dengan beliau dengan menghantar email ke alamat tionglai@mot.gov.my.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dari Politik Ke Meja Penulisan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top