Bertahun-tahun lamanya, penduduk Pantai Timur hanya bergantung kepada jalan darat samada menggunakan jalan Jeli - Grik ataupun laluan Karak untuk ke sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kemudian, laluan udara pula diperkenalkan namun ianya masih belum mampu untuk menampung keperluan hubungan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung.
Harus diakui, pembangunan di Pantai Barat Semenanjung jauh lebih pesat berbanding Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan. Antara yang menjadi kesukaran adalah masalah pengangkutan yang mengambil masa yang agak lama untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Keadaan semakin menyeksakan setiap kali tiba musim perayaan.

Menyedari akan keperluan mendesak penduduk di Pantai Timur Semenanjung, maka lahirlah projek East Coast Rail Link (ECRL). Dahulu, satu-satunya cara untuk ke Pantai Timur dengan menggunakan keretapi adalah dengan menggunakan siri keretapi Mel yang akan mengambil masa sekitar 8 hingga 10 jam untuk satu-satu perjalanan.
Hari ini, dengan Majlis Perasmian Pemeriksaan Awam ECRL yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, jarak dan masa antara Pantai Timur dan Barat Semenanjung dapat disingkatkan. Disamping itu juga, projek keretapi laju ini juga merealisasikan impian setiap seorang anak Pantai Timur untuk melihat satu lagi transformasi pengangkutan dilakukan oleh kerajaan.
Bermula dari Wakaf Baru, Kelantan hinggalah ke ITT Gombak melalui empat negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sepanjang 600.3km. bagi memastikan pembangunan ekonomi setempat dapat dijana dengan lebih berkesan, kerajaan telah memutuskan supaya jaringan rel ini dipanjangkan ke Pelabuhan Kelang.

Apa yang menariknya, pembangunan mega seumpama ini hanya mampu direalisasikan setelah hampir 60 tahun negara mengecapi kemerdekaaan. Sebaik sahaja projek ini berjaya disiapkan kelak, sudah pasti ianya akan memberi manfaat besar bukan sahaja buat penduduk di Pantai Timur, malah ianya dapat membawa Malaysia kearas yang lebih baik dalam menuju Transformasi Nasional 2050.
0 comments:
Post a Comment