My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 March 2017

    Pemain 100 Peratus Mantap


    Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee (gambar) yakin anak buahnya sudah cukup bersedia untuk berdepan Filipina dalam aksi persahabatan antarabangsa esok meskipun akan bermain di atas padang rumput tiruan Stadium Memorial Rizal, Manila. 

    Pengendali berusia 46 tahun itu berkata, mereka sudah membuat persediaan rapi termasuk mengadakan latihan di padang rumput tiruan di Stadium Panasonic, Shah Alam untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan sebenar.


    “Kami sudah empat hari mengadakan latihan di padang rumput tiruan jadi saya menjangkakan pemain tak ada masalah apabila bermain menentang Filipina nanti. Cuma tempoh dua hari sebelum perlawanan ini akan kami gunakan sebaik-baiknya untuk memperkemaskan permainan kerana Filipina bukan lawan mudah,” katanya kepada media sebelum berlepas ke Manila semalam.


    Image result for malaysia lawan filipinaAksi menentang Filipina ini yang ketiga bagi Kim Swee selepas menyaksikan anak buahnya diikat dua kali dengan keputusan 0-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa ketika menggalas tugas sebagai pengendali sementara pada 2014.

    Namun, selepas lebih dua tahun, situasi dilihat berbeza dengan Filipina semakin meningkat dengan kehadiran beberapa pemain berpangkalan di luar negara apabila kini menduduki ranking ke-124 dunia berbanding Malaysia, 161.

    Menurut Kim Swee, tugas sukar buat anak buahnya untuk mengatasi Filipina kendalian Thomas Dooley yang sudah lama membimbing skuad Azkals itu. “Filipina kini menduduki ranking lebih baik kerana bermain banyak perlawanan antarabangsa. Mereka juga mempunyai jurulatih yang sudah lama bersama pasukan serta pemain konsisten.

    “Walaupun mereka tak layak ke separuh akhir Piala AFF tahun lalu, mereka hanya tewas sekali kepada Thailand,” jelasnya.

    Ketika ditanya mengenai barisan terbaik yang bakal diturunkan nanti, bekas jurulatih Harimau Muda itu berkata, semua akan diputuskan sebelum perlawanan. “Ada dua, tiga perkara yang perlu saya nilai dan perbaiki dalam pasukan. Kami akan mengadakan satu, dua sesi latihan lagi jadi saya masih mempunyai masa untuk memilih pemain kesebelasan utama,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemain 100 Peratus Mantap Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top