My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 March 2017

    Jangka RM4 Bilion



    MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), agensi di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memeterai kerjasama dengan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) untuk pengurusan wasiat. 

    Melalui kerjasama itu, MAAB mengunjur untuk menguruskan wasiat dengan aset terkumpul mencecah RM4 bilion dalam tempoh setahun. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz berkata, sasaran itu dijangka mampu dicapai memandangkan Pos Malaysia mempunyai banyak saluran selain perkembangan positif yang ditunjukkan melalui program perintis dijalankan. 

    “Projek perintis dijalankan di 11 pejabat pos dan ia merekodkan sehingga 113 sijil wasiat dengan aset terkumpul bernilai RM40 juta.

    “Ia akan diperluaskan ke 587 pejabat pos di Semenanjung dan menjangkakan angka berkenaan akan mencecah 1,000 pendaftaran baru wasiat dalam tempoh setahun dengan nilai mencecah RM4 bilion,” katanya selepas pelancaran kerjasama antara MAAB dan Pos Malaysia di sini, semalam.

    Majlis itu disaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah. Beliau berkata, melalui program perintis berkenaan statistik jualan bagi segmen penjualan wasiat dan rujukan di Pos Malaysia meningkat sehingga 100 peratus.

    “Malah, ia turut mencatatkan peningkatan lebih tinggi setiap bulan sejak diperkenalkan dan kami berharap trend berkenaan akan konsisten pada masa akan datang,” katanya.

    Menurutnya, pengurusan wasiat itu tidak terhad kepada individu beragama Islam semata-mata kerana ia juga terbuka kepada mereka yang bukan Islam. Pengurusan wasiat tidak hanya terhad untuk mereka yang beragama Islam kerana ia terbuka kepada mana-mana individu.

    “Ini kerana kami menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat untuk individu Islam dan wasiat konvensional untuk mereka yang bukan beragama Islam,” katanya. Ahmad Saruji berkata, selain perkhidmatan pengurusan wasiat, pihaknya turut menawarkan khidmat pengurusan amanah dan hibah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangka RM4 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top