Pada tarikh berkenaan juga, Mahathir dan rombongannya berangkat ke Langkawi dan terus mendiamkan diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang 4 hari Raja Salman berada di Malaysia. Beliau seolah-olah hilang ayat untuk menghentam kerajaan apatah lagi berbicara tentang isu derma RM 2.6 bilion yang cukup hangat beliau perkatakan, sebelum ini.
Sepanjang Raja Salman berada di Malaysia, Mahathir sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Raja Salman sudi menjalinkan kerjasama strategik di antara syarikat minyak terkemuka di Arab Saudi, Saudi Aramco dan Petronas dalam membangunkan bersama Projek Rapid Pengerang yang dianggarkan bernilai RM 31 bilion.
Semua ini menjadikan apa yang diperkatakan Mahathir selama ini, nampak jelas sebagai satu pembohongan. Manakan tidak, jika Raja Salman percaya Datuk Seri Mohd Najib menggelapkan wang derma berkenaan atau menipu menggunakan nama keluarga DiRaja Arab Saudi, mana mungkin Raja Salman sudi singgah ke Malaysia.
Sebaik sahaja Raja Salman berangkat ke Indonesia bagi lawatan kerja 3 hari dan bercuti selama 9 hari, tidak lagi ungkapan fitnah berkenaan derma RM 2.6 bilion diperkatakan Mahathir. Jika sebelum ini beliau lantang mengutuk Raja Arab Saudi berkenaan sebagai Arab gila dan Arab bodoh, kali ini beliau terpaksa menelan semula setiap ayat yang beliau luahkan sebelum ini.
Sepeninggalan Raja Arab Saudi dari Malaysia telah menyebabkan segala pembohongan Mahathir selama lebih setahun ini secara tidak langsung, dibongkarkan kebenarannya. Seperti biasa, Mahathir akan buat tidak tahu sahaja apa jua kebenaran yang muncul, cara yang sama beliau lakukan semasa masih berkuasa dahulu.
Hari ini, Mahathir lebih berminat untuk menyerang projek Forrest City dengan dakwaan kerajaan Malaysia telah menggadaikan projek berkenaan kepada pihak China. Beliau nampaknya sekali lagi cuba bermain wayang dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan sewenang-wenangnya mempersendakan projek kesayangan Istana Johor ini.
Kesimpulannya, helah Mahathir dengan membuat pelbagai fitnah dan pembohongan mengenai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia selama ini telah hanyut bersama-sama keberangkatan pulang Raja Salman dari Malaysia. Mahathir kini terpaksa mmenelan segala tohmahannya dan berusaha mencari perkara baru pula untuk mewajarkan perjuangan gila dan penuh dendamnya.
0 comments:
Post a Comment