My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 March 2017

    Senarai Hukuman Kejam Yang Tidak Masuk Akal Berlaku Di Korea Utara



    Sebenarnya, terlalu banyak misteri yang menyelubungi Korea Utara sejak awal penubuhan negara berkenaan. Sukar untuk membongkarkan misteri berkenaan kerana sikap kerajaan Korea Utaraa sendiri yang mengamalkan dasar tutup pintu dalam pemerintahannya. Malah, untuk mendapat berita dari sana juga adalah suatu perkara yang cukup sukar.

    Namun begitu, sejak Kim Jong-un dilantik sebagai Presiden Korea Utara, beliau diperakui sebagai pemimpin paling kejam yang pernah menguasai negara komunis berkenaan. Dengan usianya yang masih muda serta cara didikan yang penuh manja oleh Kim Jong-il, Jong-un dilihat lebih gemar mengambil tindakan sendiri. Ini termasuklah membunuh dengan tangannya sendiri.

    Berikut merupakan beberapa orang pemimpin utama Korea Utara yang telah menemui ajal dengan begitu kejam dan tidak masuk akal menurut laporan daripada sebuah portal berita dari China, DuoWei News.

    1. 11 orang pegawai tentera yang diketuai oleh O Sang-hon, menemui ajal mereka dengan begitu kejam setelah Kim Jong-un mengeluarkan arahan membunuh kesemua mereka hanya kerana mendengar khabar angin, pegawa-pegawai berkenaan ingin menjatuhkannya dan menggantikannya dengan Kim Jong-nam. Kesemua mereka maut akibat daripada semburan api yang dilepaskan oleh perlaksana hukuman mati.

    2. Bapa saudara Jong-un, Jang Song-taek menemui ajal di muncung penembak tepat setelah dia di dakwa melakuan rasuah dan cuba menggulingkan kerajaan Jong-un. Song-taek telah dibicarakan selama 3 hari tanpa ada peluang untuk membela diri. Dia didapati maut setelah ditembak sekurang-kurangnya 7 das di kepala dan badannya dan mayatnya dibiarkan untuk santapan anjing.

    3. Timbalan Perdana Menteri Korea Utara, Kim Yong-jin menemui ajal setelah dituduh cuba melancarkan pemberontakan keatas kerajaan Korea Utara. Diberitakan, dia dibunuh semasa berada di pejabatnya dan lebih tragis lagi, isteri dan dua orang anaknya juga turut dibunuh pada hari yang sama.

    4. Lee Choon-hong terpaksa bekerja tanpa gaji hanya kerana sindiran yang dilakukannya. Choon-hong sebenarnya adalah seorang pelawak terkenal di Korea Utara namun pada hari kejadian, dia hanya melakukan gurauan yang langsung tidak boleh diterima oleh Jong-un. Keesokan harinya, dia ditangkap dan dipaksa bekerja berat tanpa gaji selagi Jong-un tidak memaafkannya.

    5. Hyon Song-wol merupakan seorang gadis yang cantik dan pernah menjalinkan hubungan dengan Kim Jong-un. Namun ianya bukan lesen untuk gadis ini kekal hidup. Dia dibunuh setelah didapati bekerjasama dengan Jang Song-taek dalam usaha pakciknya itu menjatuhkan kerajaan. Song-wol maut di hadapan pasukan penembak tepat Korea Utara.

    6. Menteri Pertahanan era bapanya, Kim-chol menemui ajal dengan cara paling kejam atas arahan Kim Jong-un. Dia maut setelah tubuhnya hancur dibedil mortar hanya atas kesalahan meminum minuman keras semasa hari kematian bapa Jong-un, Kim Jong-il.

    7. Hyon Yong-chol adalah Menteri Pertahanan yang baru bagi menggantikan Kim-chol yang maut dibedil mortar pada tahun 2011. Namun begitu, hayatnya juga tidak lama apabila maut ditembak oleh 6 buah mesingan alteleri yang biasanya digunakan untuk menembak pesawat. Alasannya, dia tertidur sewaktu satu majlis tentera yang berlangsung di Pyongyang.

    8. Kim Jong-nam merupakan abang tiri kepada Jong-un. Menurut laporan, sepatutunya Jong-nam diangkat sebagai Presiden Korea Utara namun terhalang akibat mainan kuasa yang dilakukan oleh keluarga isteri ketiga Jong-il yang merupakan ibu kepada Jong-un. Selama bertahun-tahun lamanya Jong-un mengeluarkan arahan bunuh terhadap abang tirinya kerana dianggap sebagai mengancam kuasanya.

    Arahan berkenaan akhirnya berjaya dilaksanakan di KLIA2 pada 13 Februari lalu. Apa yang menariknya, dua hari selepas itu, Korea Utara mengadakan pesta terbesar mereka dengan langsung tidak menampakkan sebarang kesedihan diatas kematian abangnya.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Senarai Hukuman Kejam Yang Tidak Masuk Akal Berlaku Di Korea Utara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top