My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 14 March 2017

    Pekerja Dan Jengkaut Ditahan Akibat Aktiviti Melombong Haram



    Jabatan Tanah dan Ukur menahan seorang pekerja dan merampas sebuah jengkaut akibat menjalankan aktiviti melombong batu dan pasir secara haram. Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untong berkata, pasukan penguat kuasa jabatan menjalankan serbuan terbabit di Sungai Pampang Kampung Mottou Keningau, Sabtu lepas. 

    Menurutnya, selepas menerima maklumat mengenai kegiatan berkenaan daripada orang awam, pihaknya segera bertindak membuat pemantauan. Katanya, operasi itu turut dijalankan bersama Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Keningau.

    “Jengkaut yang disita itu adalah jenis Hitachi 350 dan ia antara mesin paling besar dirampas pasukan penguat kuasa kita setakat ini. Ini adalah satu rekod baharu yang dicatatkan Jabatan Tanah dan Ukur bagi rampasan jenis dan saiz mesin.

    “Anggota penguat kuasa kita juga terpaksa bekerja sehingga jam 5 pagi Ahad untuk memastikan mesin terbabit selamat sampai di tapak penyitaan di Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

    Beliau berkata, siasatan terhadap pekerja terbabit direkodkan dan laporan polis berkenaan serbuan itu turut dibuat. Safar berkata, kertas siasatan akan dibuka selepas semua maklumat berkaitan diperolehi dan operator yang menjalankan kegiatan terbabit akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan dibawah Ordinan Tanah Sabah.

    Dalam pada itu, pihaknya bersama Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Keningau serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut menjalankan pemantauan bersama di sepanjang Sungai Pegalan Keningau.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pekerja Dan Jengkaut Ditahan Akibat Aktiviti Melombong Haram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top