My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 March 2017

    Tulang Rangka Gajah Pygmy Pertama Dipamer Di Sabah



    Pameran tulang rangka gajah pygmy yang pertama di Sabah yang ditempatkan di Galeri Borneensis Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilihat mampu membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti. 

    Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata pameran rangka gajah itu bukan sahaja dilihat mampu menarik minat pelajar dan juga orang ramai untuk mengunjungi Galeri Borneensis itu malah ia akan membantu mendidik masyarakat tentang pemuliharaan biodiversiti terutama sekali apabila ia melibatkan mamalia yang terbesar di Kepulauan Borneo.

    Katanya memang tidak dinafikan tambahan terbaharu di ruang pameran galeri berkenaan akan membuatkan Galeri Borneensis (IBTP) lebih unik dengan kepelbagaian koleksi.

    Usaha sama antara ITBC, Jabatan Hidupan Liar (JHL) serta Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun-Pembangunan Mampan untuk Pemuliharaan Biodiversiti & Ekosistem Sabah (Jica-SDBEC) itu satu langkah yang amat baik dalam memastikan projek berkenaan dapat direalisasikan.

    “Penempatan tulang rangka ini akan meningkatkan kepentingan Galeri Borneensis. Saya percaya ini satu langkah yang tepat untuk mendapatkan tulang rangka berkenaan daripada JHL. Saya difahamkan idea ini disokong dan diluluskan oleh Datuk Laurentius Ambu. Malah, Pengarah JHL Augustine Tuuga turut membantu dalam menjayakan projek usaha sama ini.

    “Gajah yang dikenali sebagai Tagas ini memperoleh nama berkenaan sempena nama Sungai Tagas berhampiran hutan di Tagas-Tagas, Beluran pada 10 Januari 2011. Ia kemudian dipindahkan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi pada 14 Januari tahun yang sama.

    “Gajah pygmy ini mati pada 10 April 2011. Proses penggalian tulang rangka gajah ini dijalankan pada penghujung 2015 atas permintaan Ketua Projek Jica-SDBEC Kazunobu Suzuki,” katanya. 

    Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Dr D Kamarudin D Mudin. Ketua projek itu kemudiannya mendapatkan kerjasama daripada Dr Hiroshi Sawamura dari Ashoro Museum Paleontolgy, Hokkaido.
    Atas kepakaran Hiroshi, projek itu berjaya disiapkan. Beliau turut melatih lima kakitangan teknikal UMS. Harun berharap latihan yang diberi kepada kakitangan UMS itu dapat diperkembangkan bagi membolehkan kakitangan terlatih itu mempamerkan lebih banyak tulang rangka pada masa akan datang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tulang Rangka Gajah Pygmy Pertama Dipamer Di Sabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top