My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 March 2017

    Jabatan Hutan Tahan Presiden Peka



    Dua aktivis alam sekitar, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dan pembantunya, Norhayati Shahrom bersama tiga individu lain ditahan Jabatan Perhutanan Kelantan selepas menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tembaga, Pos Gob di sini semalam. 

    Selain Shariffa Sabrina, 54, yang merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Norhayati, 51, turut ditahan ialah Setiausaha Ja­ringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along dan dua individu dikenali Korin dan pemandu, Wak.

    Mereka ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Mustafa mendakwa, pemimpin dan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar itu ditahan tanpa alasan yang munasabah ketika dalam perjalanan keluar dari kampung berkenaan.

    Beliau mendakwa, pihak Jabatan Perhutanan bertindak menahan mereka berlima atas alasan menceroboh kawasan Hutan Simpan Balah. “Kami kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk memberi keterangan kepada Jabatan Perhutanan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada media di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jabatan Hutan Tahan Presiden Peka Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top