My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 March 2017

    Johansson Balas Kritikan


    Selepas membintangi filem Captain America: Civil War tahun lalu, pelakon jelita Scarlett Johansson bakal muncul dalam karya adaptasi manga Jepun, Ghost in the Shell hujung bulan ini. Bagaimanapun, lakonan Johansson, 32, sebagai The Major mendapat kritikan hebat daripada peminat manga yang menuduh filem terbabit menggantikan watak asal dengan pelakon berkulit putih. 

    Dalam temu bual bersama majalah Marie Claire, baru-baru ini, pelakon Marvel itu mempertahankan perkara berkenaan dengan menjelaskan bukan niatnya untuk membawa watak yang sepatutnya dipegang orang bukan kulit putih.

    “Walaupun kepelbagaian kaum penting untuk Hollywood, saya tidak akan melakonkan karakter yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya.

    Ibu kepada seorang anak perempuan itu turut menganggap kerjasama dengan francais filem yang mengetengahkan protagonis wanita peluang yang jarang ditemui. “Membintangi watak penting satu tanggungjawab besar yang turut memberi tekanan kepada saya,” katanya.

    Filem arahan Rupert Sanders ini adalah pembikinan semula animasi Ghost in the Shell arahan Mamoru Oshii pada 1995. Dalam perkembangan lain, Johansson dilaporkan memfailkan perceraian dengan suaminya, Romain Dauriac, Selasa lalu.

    Malah, pasangan itu turut dikatakan berebut untuk memperoleh hak penjagaan anak mereka, Rose Dorothy yang kini berusia dua tahun. Menurut laman web People, Dauriac mahukan anak mereka menetap bersamanya di Perancis.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Johansson Balas Kritikan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top