My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 March 2017

    Percaturan Tepat



    Malaysia berada di landasan tepat dalam menyesuaikan keperluan ekonomi masa hadapan yang akan berteraskan ekonomi digital sepenuhnya menerusi revolusi industri 4.0 apabila memulakan inisiatif untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ). 

    Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, ia penting kerana ekonomi digital dijangka menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi khususnya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyumbang 40 peratus kepada ekonomi negara.

    Katanya, penubuhan DFTZ sekali gus memberi peluang lebih besar kepada usahawan PKS bagi meningkatkan pertumbuhan mereka dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

    “Bagi saya, penubuhan DFTZ ini amat sesuai dengan aktiviti ekonomi pada masa hadapan. Kita sering bercakap mengenai revolusi industri 4.0 di mana ekonomi digital dijangka menjadi teras kepada aktiviti ekonomi nanti. Malaysia sememangnya sedang meletakkan kedudukannya di landasan yang betul.

    “Selain itu, apa yang menarik perhatian saya kerajaan begitu fokus dan memberi penekanan sepatutnya kepada usahawan PKS. Dari segi perniagaan, PKS paling besar di negara ini dan menyumbang 40 peratus kepada ekonomi Malaysia termasuk bilangan syarikat, peluang pekerjaan serta tenaga kerja.

    “DFTZ diwujudkan untuk disesuaikan dan memberi peluang kepada usahawan PKS ini untuk berkembang. Perniagaan PKS memang cepat berkembang di negara ini kerana ia memerlukan kreativiti dan inovasi,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UKM dan Brahim’s SATS Food Services (BSFS) Sdn Bhd, di sini, baru-baru ini.

    Minggu lalu, Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama di dunia di luar China yang mempunyai DFTZ menerusi kerjasama dengan Alibaba Group menerusi kemudahan zon fizikal dan alam maya bagi usahawan PKS.

    Penubuhan DFTZ merangkumi e-hab Platform Perdagangan Dunia Elektroniknya (eWTP), sekali gus memberi kelebihan kepada golongan belia serta usahawan PKS mengambil bahagian. Selain itu, Noor Azlan berkata, platform eWTP itu juga penting dan beliau menjangkakan terdapat pertumbuhan memberangsangkan dalam pelbagai lagi perkhidmatan termasuk perkhidmatan bukan konvensional.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Percaturan Tepat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top