My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 14 March 2017

    Perdagangan Lebih Adil



    Negara ASEAN kekal terbuka dengan dasar baru diperkenalkan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump biarpun berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan dasar berkenaan.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berikutan itu, Malaysia mencadangkan semua duta ASEAN yang akan menghadiri mesyuarat bulanan di Washington DC nanti, lebih aktif mempromosikan minat ASEAN sebagai rakan dagangan utama AS.
    Beliau berkata, ASEAN perlu terus menggunakan semua saluran termasuk duta dan Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) sebagai asas untuk berbincang dan berinteraksi dengan AS.

    “Pada mesyuarat itu, kami akan membincangkan tiga perkara iaitu mengkaji semua langkah ekonomi yang diumum dan dilaksanakan pentadbiran baru AS, analisis impak dasar ekonomi AS terhadap dagangan ASEAN serta pelaburan, pelancongan dan hubungan ekonomi secara menyeluruh.

    “Secara ekonominya, ASEAN seharusnya menggunakan TIFA sebagai asas dalam perbincangan dengan AS bagi mempromosikan lebih banyak dagangan dan aliran masuk pelaburan AS ke rantau ASEAN,” katanya pada sidang media ASEAN@ 50 di sini, semalam.

    Menurutnya, ASEAN juga perlu terus menggalakkan perdagangan adil dan bekerjasama dalam membangunkan ekonomi dunia terbuka yang akan memastikan pertumbuhan mampan bagi negara ahli.

    Dalam hal ini, katanya, menteri ekonomi ASEAN perlu terus mengadakan dialog dengan Majlis Perniagaan AS-ASEAN bagi mendapatkan maklum balas serta daripada syarikat AS mengenai pandangan mereka untuk kekal di rantau ini.

    “AS adalah rakan dagangan besar ASEAN dengan pasaran eksport utama melebihi AS$100 bilion (RM450 bilion) ke AS setiap tahun. Manakala, negara itu juga pelabur utama rantau ini dengan nilai AS$76.6 bilion (RM344.70 bilion) pelaburan langsung asing (FDI) dicatatkan ASEAN antara 2010 hingga 2015.

    “Jadi, impak pertumbuhan ASEAN ini sangat penting kerana berdasarkan nilai, Malaysia adalah penerima manfaat paling besar dalam dagangan ASEAN dan kita perlu sentiasa melihat bagaimana kita dapat kembangkan pertumbuhan pada masa depan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perdagangan Lebih Adil Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top