Siapa tidak kenal dengan parti DAP. Sejak awal penubuhannya, ada sahaja isu perkauman atau cubaan memecah belahkan kaum Melayu dimainkan demi kepentingan politik sempit mereka. Paling ketara, lihat sahaja bagaimana mereka meraikan kejayaan mereka meraih kemenangan agak besar pada 1969 walaupun hakikatnya Perikatan masih mampu membentuk kerajaan.
Insiden pada 13 Mei 1969 itu akan dikenang sebagai tragedi hitam dalam sejarah Malaysia apabila perarakan kemenangan DAP pada pilihan raya tahun berkenaan bertukar menjadi insiden berdarah setelah para penyokong DAP giat membuat provokasi terhadap kaum Melayu di Kuala Lumpur.
Hari ini, setelah hampir 50 tahun insiden berdarah berkenaan berlaku, DAP nampaknya sekali lagi cuba menggunakan helah yang sama untuk meraih kedudukan politik mereka. Mereka sekali lagi menggunakan helah yang hampir sama apabila cuba mengganggu ketenteraman kaum dengan komen-komen yang dilihat sengaja mencetuskan masalah dan polemik.
Terbaru, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen yang membantah tindakan kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak. Katanya, tindakan itu mengganggu keharmonian antara kaum di negeri berkenaan.
Menurut Khairuddin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Chong semalam jelas menunjukkan pendirian DAP dan sekutunya yang antiguru Islam di negara ini. Katanya, jika DAP diberi peluang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti, perbalahan agama boleh tercetus.
Ini bukan kali pertama DAP menyerlahkan kebiadaban mereka. Sebelum ini, sudah banyak insiden yang menunjukkan ramai pemimpin DAP sengaja mencetuskan rasa kurang senang dikalangan kaum Melayu dan penganut agama Islam.
Lihat sahaja bagaimana Nga Kor Meng yang kerap menimbulkan kemarahan umat Islam dan kaum Melayu di negara ini dengan komen-komen biadabnya. Lihat juga bagaimana Anthony Loke yang sewenang-wenangnya mencerca penguatkuasa PBT di Seremban. Tidak ketinggalan, Teresa Kok yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mengganggu urusan perkahwinan kaum Melayu di Seputeh.
Tidak cukup dengan itu, larangan penggunaan pembesar suara sewaktu azan subuh dikumandangkan. Bukankah ini contoh nyata bahawa DAP dan pemimpinnya sememangnya berlaku biadab kepada kaum Melayu dan penganut agama Islam?
Sudah terlalu kerap DAP sengaja cuba menimbulkan kekecohan antara kaum dan agama di negara ini. Apa yang dibimbangkan, jika mereka terlalu kerap mempermainkan sentimen seumpama ini, ada kemungkinan akan ada yang menyahut cara politik kotor mereka dan meletakkan negara sekali lagi di ambang tragedi 13 Mei. Adakah ini yang mereka minta sebenar-benarnya?
0 comments:
Post a Comment