My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 17 March 2017

    Jadikan Kekalahan Lalu Sebagai Pengajaran




    Hari ini, banyak cakap-cakap ahli politik mahupun dikalangan penyokong lebih menjurus kepada kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 14 akan berlangsung dalam tahun ini. Di pihak pembangkang, antara usaha yang sedang dilakukan adalah mengenal pasti calon-calon yang difikirkan sesuai selain daripada memastikan pertandingan 1 lawan 1 diadakan.

    Lihat sahaja bagaimana Pakatan Harapan dan PPBM begitu sibuk mengatur strategi untuk merampas Putrajaya dari tangan Barisan Nasional. Pelbagai isu mereka cipta untuk mencipta suasana tidak tenang di kalangan rakyat dan seperti biasa, kesemua parti komponen Barisan Nasional juga sibuk menangkis segala fitnah jahat yang mereka lemparkan. 

    Perkara yang sama turut tidak terkecuali buat MCA. Jika sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, MCA tidak menjangkakan parti mereka akan mecatatkan keputusan yang mengecewakan, untuk Pilihan Raya Umum ke 14 ini, MCA sudah mula menyiapkan jentera mereka. 

    Menurut sumber dalaman MCA, parti ini sudah mula menggerakkan jentera pemuda dan wanita untuk memasuki kawasan-kawasan yang satu ketika dahulu milik mereka bagi memastikan MCA mampu menawan semula kerusi-kerusi yang kini disandang oleh pembangkang.

    Harus diakui, kerja ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ianya melibatkan sentimen kecenderungan bangsa yang acapkali dimainkan oleh DAP. Begitu banyak fakta yang telah di putar belitkan oleh DAP sehingga menyebabkan ada dikalangan kaum Cina menolak sama sekali Barisan Nasional.

    Namun begitu, menurut sumber ini lagi, apa yang telah dilakukan oleh MCA semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar untuk mendekati pengundi di Sekinchan dan kawasan sekitarnya, telah banyak mengajar MCA untuk berkempen dengan lebih awal dan keseragaman jentera. 

    Bukan mudah untuk merampas kerusi milik pembangkang di situ, namun kejayaan mengurangkan majoriti yang diraih oleh calon DAP di DUN berkenaan memberi petunjuk buat MCA, bagaimana mereka boleh menawan semula hati pengundi yang kini dikuasai pembangkang khususnya DAP. Atas sebab inilah, MCA harus melipat gandakan usaha untuk merampas semula kerusi milik mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jadikan Kekalahan Lalu Sebagai Pengajaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top