My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 8 March 2017

    Mati Terkambus



    Lebih 10 pekerja pembinaan pencawang elektrik terkedu apabila tanah tapak berkenaan runtuh dan mengorbankan seorang rakan mereka dalam kejadian di Batu 25, dekat sini, semalam. Dalam kejadian 4.35 petang itu, Sona Mahto, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tertimbus. 

    Seorang lagi pekerja, Tipnarayan Mahto, 31, cedera di kedua-dua belah kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Duches Of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut. Kedua-dua lelaki terbabit pekerja pembinaan pencawang berasal dari India.

    Ketua Zon Enam Sabah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.39 petang bergegas ke lokasi kejadian bersama 10 anggota dengan dua jentera.

    “Sebaik tiba, didapati satu lokasi pembinaan pencawang elektrik runtuh. Ketika ketibaan anggota bomba, seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah berkenaan.

    “Mangsa dikeluarkan rakan sekerja dengan jentera jengkaut dan cangkul sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya ketika dihubungi, semalam.  Beliau berkata, seorang lagi pekerja cedera di kedua-dua kaki dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

    “Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dan beberapa pekerja lain menjalankan kerja-kerja memasang tiang dalam tanah untuk pembinaan tiang pencawang berkenaan sebelum tanah itu runtuh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Anddre berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke HDOK Sandakan untuk siasatan lanjut. “Sehingga jam 6 petang tadi (semalam), anggota bomba masih menjalan operasi pemantau di lokasi kejadian,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mati Terkambus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top