My Blog List

Translate

  • PANAS

      Friday, 10 March 2017

      Vida Lunas Bayaran GST RM4.2 juta



      Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh di sini selepas membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta bagi tempoh April 2015 hingga Julai 2016 semalam. 

      Pemilik syarikat Vida Beauty­ Sdn. Bhd., itu menjelaskan bayaran tersebut menerusi draf bank atas nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum kes perbicaraan bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST didengar di mahkamah.

      Hakim Murtazadi Amran kemudian membenarkan pihak kastam menarik balik kesemua 16 pertuduhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan jutawan itu telah menjelaskan semua cukai GST.
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Item Reviewed: Vida Lunas Bayaran GST RM4.2 juta Rating: 5 Reviewed By: JMK