My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 March 2017

    Tolong Jangan Inaya Penjaja Kecil Di Pulau Pinang



    Sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang dari tangan Barisan Nasional, antara tindakan kerajaan negeri yang sering mengundang hentaman rakyat Malaysia adalah dasar menghalau penduduk perkampungan Melayu dan cara pihak berkuasa tempatan mengusir penjaja kecil walaupun mereka mempunyai lesen perniagaan yang sah.

    Terbaharu, pada 21 Mac yang lalu, kerajaan negeri sekali lagi bertindak merobohkan gerai jualan kecil-kecilan peniaga yang sudah meniaga di lokasi berkenaan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Lebih menyedihkan, para peniaga ini langsung tidak diberi notis pengosongan premis yang sepatutnya selama 14 hari.

    Ini mengakibatkan timbul sedikit ketegangan sewaktu pihak berkuasa menjalankan operasi merobohkan gerai jualan ini. Lebih memburukkan keadaan, ada diantaranya mempunyai lesen perniagaan yang sah samada di peringkat kerajaan mahupun dari pihak berkuasa tempatan.

    Hal ini pantas mengundang kritikan pedas dari Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr. Tan Chuan Hong. Beliau berkata, tindakan menghalau penjaja berkenaan yang sudah berniaga di situ sejak lebih 20 tahun lalu disifatkan sebagai tidak mempedulikan rintihan rakyat khususnya golongan miskin.

    Lebih mengejutkan, kumpulan penjaja berkenaan diusir menerusi notis dalam tempoh 14 hari tanpa diberikan pampasan atau pembelaan sewajarnya. Menurut beliau, kumpulan penja­ja ini hanya meminta satu lokasi untuk memboleh­kan mereka berniaga, mengapa kerajaan negeri tidak membantu dan memberi mereka pilihan? Adakah ini dasar kerajaan tempatan yang diamalkan kerajaan negeri?

    Beliau turut mempertikai tindakan menghalau penjaja tersebut memandangkan seramai lapan daripada 14 penjaja berkenaan mempunyai lesen sah untuk berniaga. Sehubungan itu, kata beliau, kumpulan penjaja berkenaan tidak boleh didakwa sebagai peniaga haram sekali gus perlu dibayar pampasan atau ganti rugi setimpal sebelum dihalau.

    Inilah kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka langsung tidak memperdulikan sesiapa dan apa jua alasan. Bagi kerajaan negeri, jika arahan dari Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikeluarkan, semuanya mesti diikut tanpa boleh dipertikai atau dipersoalkan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tolong Jangan Inaya Penjaja Kecil Di Pulau Pinang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top