My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 March 2017

    Susunan Rak Eksklusif


    Tidak sempurna ruang bilik seseorang itu jika tiada rak untuk menyimpan buku atau barang perhiasan. Antara sebab utama bilik tidur kita nampak berselerak adalah disebabkan barang yang disimpan di seluruh kawasan bilik. 

    Tidak dinafikan bagi orang bujang pasti ada simpan koleksi lama seperti figura mainan, gambar, komik atau novel yang sudah dibaca. Koleksi yang disimpan terlalu lama itu akan menyebabkan barang boleh rosak dan sukar untuk kita mencari apabila memerlukan.

    Bagi yang ingin simpan koleksi dengan baik, cuba hias dinding bilik tidur dengan rak kreatif. Ini kerana apabila wujudnya rak dinding, kita sendiri akan menyusun koleksi itu supaya nampak tersusun rapi. Rekaan kreatif sebuah rak juga memainkan peranan penting untuk mencantikkan dan menarik perhatian suasana di sesebuah ruang.

    Rak Geometrik Honey Comb 

    Di Ikea, rak seperti sarang lebah ini mudah didapati. Bukan sahaja nampak menarik tetapi harganya sangat berpatutan. Kegunaan rak sarang lebah menampakkan lagi keunikan pada ruang itu. Rak geometrik berbentuk pentagon ini sesuai digantung pada dinding kerana ia tidak memakan ruang yang luas.

    Bagi penggemar novel atau komik , mereka boleh letak bersebelahan katil supaya mudah untuk dicapai dan membaca sebelum tidur.

    Susun dengan cita rasa tersendiri 

    Jangan risau, rak geometrik ini boleh diubah suai mengikut cita rasa tersendiri. Boleh olah kedudukan rak itu dalam keadaan memanjang ataupun menegak. Bagi mereka yang mempunyai ruang bilik tidur yang sempit seelok-eloknya susun rak geometrik ini secara menegak. Kedudukan rak seperti ini pasti akan lebih menarik dan eksklusif.

    Berfungsi lebih daripada sekadar perhiasan 

    Rak unik ini bukan sekadar boleh menyimpan koleksi malah boleh digunakan sebagai perhiasan dalam bilik tidur. Rak dinding ini juga berfungsi sebagai tempat meletak kunci, surat atau pasu bunga.

    Sebagai contoh hiaskan dengan lampu tidur mini. Ini kerana objek lampu memberikan efek kilauan yang memberi sinar pada ruang bilik tidur kita. Jangan biarkan ruang bilik tidur dalam keadaan berselerak dan tidak kemas. Dengan hiasan rak unik ini , kita sendiri boleh aplikasikan pada dinding rumah terutama di ruang bilik tidur. Tepuk dada, tanya selera.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Susunan Rak Eksklusif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top