My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 March 2017

    Kemuka Bidaan


    Pengeluar kereta Perancis, Peugeot kini dalam perbincangan serius dengan PROTON Holdings Berhad (PROTON) bagi menjalinkan sebarang kemungkinan kerjasama pada masa depan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun perbincangan itu belum dimuktamadkan, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku. 

    Najib berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Perancis Francois Hollande yang dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

    Sebelum ini, jenama kenderaan Peugeot yang dimiliki pengeluar kereta kedua terbesar Eropah, Groupe PSA menyertai beberapa pembida lain untuk menjadi rakan strategik asing (FSP) PROTON, selain syarikat automotif China, Geely Automobile Holdings (Geely).

    Bagaimanapun, tumpuan FSP itu kini terarah kepada Peugoet selepas Geely dilaporkan menarik diri daripada bidaan, baru-baru ini untuk membeli kepentingan PROTON. Pembida yang berjaya akan mendapat akses kepada kemudahan pengeluaran PROTON di Tanjung Malim, Perak yang memiliki kapasiti pengeluaran tahunan sehingga 150,000 kenderaan.

    Difahamkan, Peugeot sudah mengemukakan pembidaan itu pada Februari lalu. Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai pelaburan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara yang kini berjumlah RM15.2 bilion.

    Menurutnya, Perancis adalah rakan perdagangan ke-18 terbesar bagi Malaysia. “Buat masa ini, nilai perdagangan memihak kepada Perancis dengan sejumlah pembiayaan dikeluarkan negara bagi kapal terbang, kapal dan peralatan keselamatan serta peralatan berkaitan keselamatan,” katanya.

    Katanya, syarikat Perancis yang bertapak di Malaysia juga memainkan peranan besar dengan menawarkan pekerjaan kepada 60,000 rakyat tempatan seperti di STMicroelectronics, Lafarge dan Technip.

    Najib berkata, mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Perancis turut membincangkan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pembangunan modal insan selain ketetapan dan pendirian kedua-dua negara dalam isu antarabangsa dan serantau.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemuka Bidaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top