My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 March 2017

    70% Graduan Pilih Kereta Luar Negara Berbanding Proton


    Sebanyak 70 peratus graduan universiti tempatan yang menamatkan pengajian memilih membeli kereta buatan luar negara kerana beranggapan kereta nasional tidak setanding jenama luar. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa berkata, daripada jumlah itu, tidak sampai 10 peratus graduan berpengalaman memandu sendiri kereta nasional. 

    Beliau berkata, statistik itu diperoleh melalui kajian terperinci pihaknya bagi meningkatkan tahap kepercayaan pengguna di Malaysia terhadap kereta keluaran nasional. “Kira-kira 70 peratus graduan memilih memakai kereta luar negara kerana beranggapan kereta nasional tidak setanding jenama luar meskipun tidak berpengalaman memandu kereta nasional.

    “Malah, sebahagian graduan universiti yang membuat perbandingan antara kereta nasional dengan jenama mewah dari luar adalah tidak adil,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kereta Proton Suprima S kepada Kelab Automotif dan Sukan Bermotor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini, baru-baru ini. Abdul Rashid berkata, PROTON Holdings Berhad (PROTON) antara 14 syarikat pembuatan kereta di dunia mampu kekal dalam industri automotif kerana banyak syarikat besar negara lain diisytihar muflis. 

    “Menjadi satu daripada 14 syarikat yang mampu menghasilkan kereta di peringkat antarabangsa bukanlah perkara mudah. Banyak syarikat utama dunia terpaksa menutup perusahaan dan untuk bertahan dalam industri ini adalah sukar terutama dalam keadaan ekonomi tidak stabil kini,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 70% Graduan Pilih Kereta Luar Negara Berbanding Proton Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top