My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 16 March 2017

    10 Pegawai Imigresen Sarawak Dicekup



    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas 10 pegawai imigresen Sarawak kerana disyaki menerima wang rasuah supaya tindakan tidak diambil terhadap warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah di Sarawak. 

    Tangkapan semalam adalah susulan beberapa operasi SPRM yang menangkap beberapa pegawai polis, pengusaha syarikat dan pendatang asing tanpa izin di beberapa lokasi di Sarawak pada bulan lalu.

    Pengarah Siasatan SPRM Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan-tangkapan tersebut dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi akan ditahan berhubung kes berkenaan. Tambah beliau, kesemua mereka yang berusia antara 33 dan 53 tahun akan dibawa ke mahkamah Kuching untuk direman hari ini.

    “Kemasukan pekerja asing secara haram itu bukan sahaja boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negeri ini,” ujarnya.

    Dalam operasi yang dilancarkan semalam, mereka yang ditangkap terdiri daripada enam pegawai wanita, manakala empat lagi pegawai lelaki. Kesemua mereka ditangkap di beberapa lokasi berbeza termasuk Pejabat Imigresen Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Pejabat Imigresen Pending dan Pusat Tahanan Depot Semuja, Serian antara jam 1.30 petang dan 4.30 petang.

    Difahamkan, penguat kuasa yang diamanah untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sebaliknya telah menyalahgunakan kuasa diberikan kepada mereka dengan mengutip wang rasuah bagi melindungi pendatang asing tanpa izin ini.

    Suspek-suspek dipercayai telah menerima wang rasuah antara RM200 dan RM5,000 bagi melindungi pendatang asing tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan yang sah. SPRM juga telah merampas wang tunai kira-kira RM10,000 daripada seorang suspek yang ditahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 10 Pegawai Imigresen Sarawak Dicekup Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top