My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 March 2017

    Sedih Tak Terkata



    Seorang bapa hanya mampu meraung selepas melihat jenazah anaknya yang lemas di parit di Kampung Inanam Laut, di sini, dibawa keluar dari pekarangan Bilik Mayat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas di sini, malam kelmarin. 

    Marisani, 40-an, yang mulanya kelihatan tenang gagal menahan kesedihan selepas menyedari anaknya Mohd Khairil, 10, kini pergi buat selama-lamanya. Ia menyebabkan ahli keluarga lain turut mengalirkan air mata apabila Marisani meratap pemergian anak lelakinya itu sebelum jenazah kanak-kanak itu diusung ke van jenazah.

    Pada kejadian jam 3.30 ptg kelmarin, Mohd Khairil bersama dua rakannya, Haikal Faiz Abdullah, 10, dan Sharizal Azhar, 9, ditemui tidak sedarkan diri selepas mandi di parit di Kampung Inanam Laut di sini. Bagaimanapun, ketiga-tiga sekawan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut di HWKKS Likas.

    Menurut Marisani, dia terkejut apabila dimaklumkan isteri anak mereka ditemui lemas berhampiran rumah di Kampung Inanam Laut. “Saya bergegas pulang ke rumah dan tidak sangka perkara ini terjadi,” katanya ketika ditemui, di sini, malam kelmarin.

    Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Kampung Numbak, dekat sini, semalam. Seorang guru subjek Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah mangsa dikenali sebagai Siti berkata, Mohd Khairil pelajar pendiam dan disenangi dalam kalangan guru.

    Sementara itu, Helen Satimin, 42, ibu kepada Haikal Faiz turut mengakui anaknya berkelakuan aneh beberapa hari sebelum kejadian. Dia difahamkan mangsa tidak pernah mandi di kawasan terbabit sebelum ini.

    “Saya tidak menyangka begitu pantas anak saya pergi meninggalkan kami kerana baru saja saya melihat dia bermain depan mata saya sehari sebelum kejadian.

    “Namun saya reda atas pemergiannya,” katanya ketika ditemui dekat sini, semalam. Jenazah Haikal Faiz, anak kedua daripada lima beradik dibawa balik ke kampung bapanya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Abai, Kota Belud.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sedih Tak Terkata Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top