My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 7 March 2017

    Bebaskan Semua Rakyat Malaysia Yang Ditahan – Najib



    Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara sememangnya berada pada keadaan yang agak tegang. Semua ini disebabkan oleh pembunuhan berprofil tinggi terhadap Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. 

    Menariknya, semalam, kerajaan Korea Utara menafikan Jong-nam telah dibunuh di Malaysia sambil menegaskan, mangsa berkenaan adalah Kim Chol, salah seorang diplomat negara berkenaan. 

    Disamping itu juga, kerajaan Korea Utara langsung tidak pernah mengemukakan permohonan maaf secara rasmi di atas segala pertuduhan yang mereka buat keatas Malaysia. Untuk ini, Malaysia menunjukkan ketegasannya dengan mengusir keluar Duta Besar Korea Utara ke Malaysia Kang Chol sebagai membantah cara Korea Utara menghina kedaulatan negara.

    Seperti dijangka, reaksi balas Korea Utara adalah turut sama mengusir keluar Duta Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad walaupun hakikatnya, Mohamad Nizan sudah berada di Kuala Lumpur sejak bulan lalu.

    Terbaru, Korea Utara dilaporkan telah menghalang rakyat Malaysia yang berada di Pyongyang keluar dari negara berkenaan sebagai reaksi keras mereka keatas Malaysia.

    Berikutan tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengecam keras tindakan Korea Utara ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu pencabulan undang-undang antarabangsa. Berikut merupakan kenyataan Datuk Seri Mohd Najib yang dipetik menerusi akaun Twitter milik beliau.

    1. Saya mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu. 

    2. Perbuatan hina ini, menahan rakyat kita sebagai tebusan, adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik. 

    3. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Walau bagaimanapun, melindungi rakyat kita adalah keutamaan saya, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam. 

    4. Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan tentang keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara. 

    5. Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya. 

    DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
    PERDANA MENTERI MALAYSIA”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bebaskan Semua Rakyat Malaysia Yang Ditahan – Najib Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top