Mungkin ramai yang terpengaruh dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengumumkan perletakkan jawatannya pada 31 Oktober 2003. Malah, sehingga hari ini, beliau masih mampu mengumpul para pentaksubnya hanya dengan alasan mengenang jasa yang beliau taburkan selama 22 tahun pentadbirannya.
Tidak dinafikan bahawa Mahathir telah berjaya membawa perubahan pada ekonomi Malaysia. Dahulu, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara pertanian, namun diera pentadbirannya, beliau telah membawa ekonomi negara dari negara pertanian kepada negara berasaskan industri. Perkara ini memang langsung tidak dinafikan.
Cuma, apa yang menjadi persoalan, kenapa beliau cukup kemaruk dengan kuasa hanya dengan alasan mahu menyelamatkan Malaysia? Mahu selamatkan apa sebenarnya? Adakah dengan keadaan ekonomi negara yang kembali subur, pentadbiran berasaskan rakyat dan pembangunan menyeluruh telah mengancam keselamatan negara dan ketenteraman hari tua Mahathir?
Satu perkara yang harus Mahathir sedar ialah, beliau seharusnya bersyukur dilahirkan di Malaysia dan mampu hidup bebas di luar sana setelah begitu banyak skandal kewangan yang dilakukan semasa pemerintahannya, dibongkar.
Lihat sahaja bagaimana nasib Allahyarham Suharto dipenghujung era pentadbirannya. Beliau telah digulingkan dengan kebangkitan rakyat Indonesia yang melihat, Suharto telah banyak melakukan kerosakan dalam ekonomi Indonesia dan hanya menyenangkan diri dan kaum keluarga terutamanya sekali Tommy Suharto.
Di penghujung hayatnya, Suharto dan Tommy telah dihadapkan ke mahkamah Indonesia untuk dibicarakan. Bukan satu rahsia bagaimana Suharto pernah menyalurkan wang negara untuk kepentingan peribadi sehingga menyebabkan ekonomi Indonesia merudum teruk semasa krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 hingga 1999.
Mari kita lihat bagaimana nasib yang menimpa seorang lagi pemimpin yang berkuasa terlalu lama di Mesir. Hosni Mubarak kini dalam keadaan yang kurang upaya namun dia tetap dibicarakan bersama-sama anak-anaknya, Jamal dan Aala. Semuanya disebabkan deretan skandal yang dilakukan Hosni sewaktu masih berkuasa di Mesir.
Seorang lagi rakan karib Mahathir, Robert Mugabe masih mengekalkan kuasanya di Zimbabwe walaupun usianya kini sudah mencecah 93 tahun. Sebenarnya, kekuasaan yang dimiliki Mugabe ini bukanlah atas pilihan rakyat Zimbabwe, sebaliknya ianya dilakukan menerusi penipuan Pilihan Raya disamping deretan rasuah yang diberikan untuk memastikan Mugabe kekal berkuasa.
Itu belum lagi berbicara bagaimana Mugabe menjarah hasil negara untuk kepentingan diri dan kaum keluarganya sahaja sehingga menyaksikan, perkembangan ekonomi Zimbabwe kekal terbantut sejak Mugabe berkuasa.
Terbaru, Mahathir diberitakan ingin kembali bertanding dan Langkawi adalah pilihannya. Adakah Mahathir mahu mengikut jejak langkah Mugabe yang seluruh dunia maklum sebagai rakan baiknya sejak sekian lama?
Sepatutnya, hari ini Mahahtir melahirkan perasaan syukur disebabkan deretan skandal yang dilakukannya tidak mengheretnya ke mahkamah. Andai Mahathir dilahir dan memegang tampuk kuasa di Mesir dan Indonesia, nasib Mahathir mungkin tidak seperti hari ini. Mungkin sahaja Mahathir terpaksa berada di lokap-lokap mahkamah untuk mendengar deretan pertuduhan yang dikenakan keatas dirinya.
Hari ini, Mahathir kekal bebas bergerak kemana sahaja untuk menyampaikan hasutan-hasutannya. Mahathir bebas untuk menyerang kerajaan dan Mahathir juga bebas untuk mengetuai apa sahaj syarikat yang meletakkannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Tetapi seperti biasalah, mana pernah Mahathir melahirkan kesyukuran dengan nikmat yang beliau miliki?
0 comments:
Post a Comment