My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 March 2017

    Pelbagai Limpahan Pembangunan Disalurkan Untuk Sungai Manila



    Sungai Manila yang dahulu sebuah perkampungan perladangan kini bertukar wajah dengan pelbagai limpahan pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, dahulu kawasan itu semak samun dan berlumpur tetapi hari ini menjadi sebuah pekan yang indah dengan memiliki landskap pembangunan. 

    “Kini pekan Muhibbah, Sungai Manila ini mempunyai bangunan kedai, 500 unit rumah Taman Perumahan PPR, kompleks sukan mini, masjid, Taman Cahaya dan sekolah agama,” katanya.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga berkata, pihaknya masih lagi menunggu pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran, Balai Polis dan KEMAS. Musa turut memberitahu jaringan jalan raya di sini juga telah dinaik taraf untuk keselesaan rakyat.

    “Kita sedar jalan raya di sini sering mengalami kerosakan akibat faktor cuaca dan kenderaan berat tetapi kalau rosak kini akan sentiasa baik,” katanya.

    Beliau menegaskan kerajaan akan terus berusaha menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk rakyat. “Semua ini adalah untuk kemudahan rakyat yang tinggal di sekitar kawasan ini,” katanya pada media selepas Majlis Penyerahan Kunci Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Muhibbah di Dewan PPR Taman Muhibbah Batu 12, petang kelmarin.

    Musa berkata, tidak jauh dari pekan Muhibbah terdapat hab pendidikan yang kini terdapat tiga institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Politeknik dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

    Dengan adanya hab pendidikan itu katanya, memudahkan rakyat Sandakan dan sekitarnya menghantar anak-anak mereka menyambung pengajian tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah memberitahu, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam memastikan pembangunan di negeri ini dinikmati secara berterusan.

    “Saya amat berterima kasih kepada rakyat di kawasan ini yang sentiasa bekerjasama dengan saya dalam membangunkan kawasan ini,” katanya. Beliau berkata, kerajaan akan terus menyediakan pembangunan secara berperingkat-peringkat untuk kepentingan rakyat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelbagai Limpahan Pembangunan Disalurkan Untuk Sungai Manila Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top