My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 March 2017

    ‘Spiderman’ Gemparkan Penduduk



    Penduduk di Taman Desa Senadin di sini gempar dengan tindakan seorang lelaki yang memanjat tiang elektrik dan bergayut ala ‘spiderman’ pada wayar elektrik di kawasan perumahan berkenaan semalam. 

    Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 30 tahun tersebut telah mencetuskan keadaan kecoh dan panik dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan. Saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Zulkifli berkata, dia menyedari kejadian itu apabila sedang bersiap sedia hendak turun kerja kira-kira pukul 6.10 pagi.

    Katanya, dia terus menegur lelaki dipercayai kurang siuman berkenaan supaya segera turun, namun usahanya gagal. “Bimbang lelaki itu terkena renjatan elektrik, dia segera menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

    “Kira-kira lima minit kemudian, pasukan polis dan bomba tiba di lokasi dan bertindak memujuk lelaki itu supaya turun,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Spiderman’ Gemparkan Penduduk Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top