My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 March 2017

    3 Dicari Bersembunyi Dalam Kedutaan



    Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin tiga lelaki warga Korea Utara yang diminta tampil memberi keterangan kepada polis berhubung pembunuhan Kim Jong-nam masih bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 

    Mereka yang dicari ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44, staf syarikat penerbangan Koryo Air, Kim Uk-il, 37, dan Ri Ji-u atau James. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sehingga kini masih menunggu kehadiran ketiga-tiga individu terbabit bagi membantu siasatan kes pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara berkenaan.

    “Polis telah mengeluarkan arahan supaya ketiga-tiga lelaki itu hadir membantu siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan disusuli dengan waran tangkap terhadap Uk-il namun sehingga sekarang belum ada kelibat mereka.

    “Kami percaya mereka masih berada di dalam bangunan kedutaan itu dan belum hendak memberi kerjasama. Kami telah meletakkan notis arahan tersebut di kedutaan. Kami tidak akan membuat serbuan dan tangkapan di dalam bangunan kedutaan tetapi akan menunggu di luar setiap masa sehingga mereka keluar biarpun selama tempoh lima tahun,” kata beliau.

    Khalid berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa (IDEC)-Rantau Timur di sebuah hotel di Bukit Jambul di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 3 Dicari Bersembunyi Dalam Kedutaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top