My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 12 March 2017

    Padah Angkat Sumpah Mahu Jadi Gengster



    Siasatan awal polis mendapati seorang peniaga yang ditemui mati di sebuah rumah teres tiga tingkat di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang kelmarin datang ke situ dipercayai untuk menjalani upacara angkat sumpah bagi menyertai satu kumpulan haram bersama beberapa rakannya.

    Sumber berkata, sepucuk pistol jenis revolver yang digunakan dalam kejadian itu diperoleh secara haram dan merupakan milik suspek utama kes tersebut yang telah diberkas bersama 12 yang lain di dalam rumah berkenaan.

    Antara lain yang ditahan termasuk isteri dan pembantu rumah suspek utama terbabit. Katanya, mangsa berusia 39 tahun tersebut datang ke rumah itu bersama sembilan rakannya dengan tujuan hendak mencari perlindungan dengan menganggotai satu kumpulan samseng.

    Menurut siasatan awal mendapati, mangsa di katakan mahu menguji ilmu kebal yang dimilikinya dengan mengacah pistol di dahinya. Dikatakan, pada hari kejadian, "ilmu kebalnya" tidak menjadi. Polis masih menyiasat kes berkenaan dari segenap aspek termasuk hasil forensik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Angkat Sumpah Mahu Jadi Gengster Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top