My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 March 2017

    K’jaan Jamin Tangani Isu Sekolah Daif Di Sarawak




    Kerajaan persekutuan memberi jaminan untuk terus menangani isu kemudahan infrastruktur sekolah daif di Sarawak. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, usaha bagi memperbaiki keadaan infrastruktur sekolah di negeri ini merupakan komitmen berterusan. 

    “Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam proses untuk memperbaiki keadaan infrastruktur rosak di hadapi sekolah daif di sini,” jelasnya.

    Ali Hamsa berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bagi melihat projek membaik pulih sekolah daif ke Sekiolah Kebangsaan (SK) Kampung Luak di sini semalam. Hadir sama ialah Ketua Pengarah ICU Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaki, Pegawai Pendidikan Daerah Miri Dr Hassan Hasbollah serta dif-dif kehormat yang lain.

    Ahmad Zaki memberitahu, pihaknya sedang meneliti keperluan projek membaik pulih sekolah daif lain dan berharap usaha berkenaan dapat dilaksana secepat mungkin. Sementara itu, Dr Hassan berkata sejumlah 183 buah sekolah-sekolah daif di Sarawak telah dikenal pasti bagi diberikan keutamaan keperluan membaik pulih dan meningkat kemudahan infrastruktur.

    “Sebenarnya lebih besar lagi, tetapi kerajaan lebih memberikan tumpuan kepada sekolah dikenal pasti tahun lalu. Ada beberapa sekolah telah diganti bangunan baharu dengan dibina mengguna teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

    “Manakala sekolah lain pula akan dibaiki secara konvensional,” ujarnya. Mengulas mengenai projek membaik pulih SK Kampung Luak terbabit, Ali Hamsa berpuas hati perlaksanaan projek dewan sekolah terbabit yang menelan belanja kira-kira RM120,000 dan kerja pembaikan kecil lain yang dilaksanakan ICU.

    Menyentuh mengenai kuarters kakitangan SK Kampung Luak yang belum didiami disebabkan sudah usang, Ali Hamsa menjelaskan bahawa beliau akan mencari jalan untuk membina kuarters baharu di sekolah tersebut.

    Terdahulu, Ali Hamsa turut mengadakan lawatan ke pusat Balai Polis Miri dan bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan kemudahan di balai berkenaan.

    “Selain itu juga, saya turut melawat ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini dan menerima maklum balas positif orang awam berpuas hati dengan perkhidmatan cemerlang disedia pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di situ.

    “Ini menunjukkan bahawa pegawai-pegawai kitaB memberikan yang terbaik. Tahniah dan diharapkan terus cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya. Tambah beliau, melalui keseluruhan usaha diambil semua agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, kesemuanya telah bekerjasama dan pelbagai projek dilaksanakan dengan sempurna.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: K’jaan Jamin Tangani Isu Sekolah Daif Di Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top