My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 11 March 2017

    Keputusan Penangguhan Dibuat Tanpa Campur Tangan Kerajaan




    KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan bahawa keputusan menangguhkan perlawanan Harimau Malaysia menentang Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 28 Mac ini tidak melibatkan sebarang campur tangan kerajaan daripada kedua-dua negara tersebut. 

    Sebaliknya, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul menegaskan, keputusan itu dibuat kerana ia melibatkan isu keselamatan ekoran ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang masih belum reda.

    Windsor turut menepis kononnya keputusan AFC terdapat campur tangan kerajaan sebaliknya ia yang dibuat Jawatankuasa Pertandingan AFC lebih kepada tahap keselamatan pasukan kebangsaan di Pyongyang.

    “Keputusan ini tidak melibatkan campur tangan kerajaan, sebaliknya AFC menunda perlawanan (Harimau) Malaysia dengan Korea Utara. Keputusan ini diambil atas faktor keselamatan. AFC tidak mahu mengambil risiko kepada kedua-dua pihak.

    “Jadi, Jawatankuasa Pertandingan AFC mencapai kata sepakat untuk menunda perlawanan ini dan tarikh baharu akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi media semalam.

    Media sebelum ini melaporkan ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara bermula ekoran kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang pada 13 Februari lalu.

    Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya menyambut baik keputusan itu kerana ia merupakan langkah tepat demi keselamatan para pemain dan pegawai pasukan memandangkan situasi semasa ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara masih belum reda. 

    "Persatuan menyerahkan sepenuh–nya kepada AFC untuk menentukan tarikh baharu dan sedia untuk memberi kerjasama jika diminta berbuat demikian.

    “Bagaimanapun, perlawanan persahabatan antarabangsa A yang diatur skuad kebangsaan, Harimau Malaysia bertemu Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac ini tetap diteruskan memandangkan ia menawarkan mata ranking. Ia juga merupakan peluang terbaik buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memperbaiki kedudukan Malaysia yang ketika ini di tangga ke-161 dunia,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keputusan Penangguhan Dibuat Tanpa Campur Tangan Kerajaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top