My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 29 March 2017

    Cubaan Seludup Digagalkan Batalion 13 RAMD

    ATM

    Kumpulan Tinjauan Berkenderaan Tentera, Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam Operasi Awas berjaya menahan sebuah lori dipercayai membawa barang seludup ke negara jiran semalam. 

    Jurucakap Markas Pemerintahan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dalam kenyataan berkata, lori tersebut dikesan dalam perjalanan ke sempadan Sarawak-Kalimantan Barat melalui kawasan ladang sawit berhampiran Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Serikin pada pukul 7.15 malam.

    “Kumpulan Tinjauan Berkenderan diketuai Kapten Muhamad Aizuddin Che Hassan bersama dua anggota sedang melaksanakan rondaan dalam kawasan operasi telah menahan sebuah lori jenis Toyota berwana merah dalam keadaan mencurigakan.

    “Hasil pemeriksaan mendapati lori itu membawa muatan 300 kotak sosej, 30 kotak kepak ayam dan 100 kotak tongkeng ayam dianggarkan bernilai RM 120,000 dipercayai untuk diseludup ke Indonesia dan pemandu lori gagal menunjukkan sebarang dokumen permit bagi barangan dibawa,” jelas kenyataan itu.

    Sehubungan itu, katanya, pihak tentera telah membawa individu, kenderaan dan barang rampasan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk serahan kes. “Barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuching untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cubaan Seludup Digagalkan Batalion 13 RAMD Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top