My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 16 March 2017

    MAHB Perkenal KUL VIP



    Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memperkenalkan perkhidmatan terbaru iaitu KUL VIP Access di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

    Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, perkhidmatan itu adalah kerjasama MAHB dengan tiga syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines Berhad (MAB), Malindo Air dan AirAsia. 

    "Buat masa ini, KUL VIP Access ditawarkan untuk penumpang antarabangsa yang tiba di KLIA dan akan berlepas dari lapangan terbang berkenaan. Ia meliputi perkhidmatan eksklusif untuk servis limosin, tawaran beli-belah, khidmat iringan selain laluan pintas untuk pendaftaran masuk.

    "Malah, lebih banyak perkhidmatan akan ditawarkan pada masa akan datang termasuk rawatan kuku dan urutan," katanya selepas pelancaran yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di KLIA. Caj yang ditetapkan adalah antara RM200 hingga RM800.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MAHB Perkenal KUL VIP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top