Tidak diketahui, bilakah Pilihan Raya Umum ke 14 bakal diadakan. Namun, jika di hitung dari hari yang tinggal dalam penggal kali ini, nampaknya, hari yang ditunggu-tungu oleh lebih 15 juta pengundi berdaftar di negara ini, sudah tidak lama lagi. Oleh yang demikian, kesemua parti politik di negara ini dilihat sudah mula mempersiapkan jentera Pilihan Raya masing-masing.
Dalam memperkatakan tentang persiapan semua parti politik ini, kelihatannya, Pakatan Harapan terutamanya DAP, cuba mencari isu untuk meneruskan kesinambungan kuasa yang mereka perolehi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Satu per satu isu cuba dicetuskan mereka dengan harapan ianya mampu menarik sokongan rakyat kepada mereka.
DAP sebagai contoh, antara parti yang kini begitu giat mencari isu untuk dimainkan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk merempuh kenduri kahwin kaum Melayu seperti yang dilakukan oleh Ahlu Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Sabtu lalu.
Mereka sudah tidak memperdulikan apa jua situasi asalkan perjuangan mereka kelihatannya seperti mendapat sokongan rakyat. Walhal, keadaan sebenarnya, individu seperti Teresa ini, cukup biadab dan langsung tidak mempunyai sensitiviti terhadap kaum lain. Mungkin bagi Teresa, kuasa adalah segala-galanya dan langsung tidak memperdulikan perasaan kaum lain.
Perbuatan biadab ini tidak terhenti setakat ini sahaja kerana sebelum ini, banyak perbuatan biadab Ahli Parlimen atau ADUN DAP telah dipaparkan di media. Sebagai contoh, Nga Kor Meng yang kerap kali menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan kaum lain dengan beberapa kenyataan terlalu biadabnya.
Melihat kepada cara berpolitik bodoh yang diamalkan DAP ini, timbul persoalan, kenapa masih ada dikalangan kaum Melayu sanggup membiarkan diri mereka menjadi hamba DAP hanya kerana dendam politik mereka terhadap UMNO dan kerajaan? Adakah dengan mengangungkan DAP, mereka yakin, kehidupan mereka akan jauh lebih baik dan sempurna?
Lebih melucukan, ada diantara pemimpin yang dahulunya cukup menentang DAP, hari ini mereka sanggup tidur sebantal makan setalam dengan musuhnya. Jika dahulu mereka menghasut rakyat membenci DAP dan pembangkang, hari ini, mereka juga yang merayu rakyat untuk menyokong perjuangan songsang DAP dan pembangkang.
Inilah level pembangkang di Malaysia. Mereka hanya tahu menentang tanpa memperdulikan nasib rakyat yang mereka wakili. Bagi mereka semua ini politik dan tidak hairanlah, pemimpin luar melihat pembangkang di Malaysia sebagai pembangkang paling kurang cerdik di dunia.
0 comments:
Post a Comment