My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 March 2017

    Pelajar Dakwa Dicekik, Dirogol Kenalan Rakan



    Keghairahan seorang remaja perempuan keluar bersama seorang kenalan menaiki sebuah motosikal berakhir tragedi apabila dirogol teman dikenalinya melalui seorang kawan perempuan. Kejadian didakwa berlaku pada awal pagi, 13 Mac lalu di sebuah pondok di kawasan pantai Lutong di sini. 

    Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat mangsa, 15, di Balai Polis Lutong. Dalam aduannya, mangsa juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini mendakwa sekitar jam 10 malam, 12 Mac lalu, dia bersama seorang kawan perempuan, 15, telah keluar bersama dua orang lelaki merupakan rakan kepada kawan perempuannya itu.

    Mangsa membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki hanya dikenali sebagai ‘Am,’ manakala kawannya membonceng sebuah motosikal lain. Sekitar jam 12.05 pagi, 13 Mac lalu, mangsa telah dibawa oleh kenalannya itu ke sebuah pondok di pantai Lutong sebelum dirogol.

    Mangsa turut mendakwa ditumbuk dan ditampar di bahagian muka, dicekik lehernya dan ditanggalkan pakaian secara paksa sebelum dirogol lelaki terbabit.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat dalam kenyataan medianya semalam mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

    “Bertindak atas maklumat diterima, pada jam 2.20 petang kelmarin di kaki lima sebuah bengkel di Lorong 6, Jalan Pujut-Miri, sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang telah menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

    “Berikutan tangkapan itu, suspek yang berusia 19 tahun dari Piasau Utara di sini kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. Sehubungan itu menurut Khoo, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelajar Dakwa Dicekik, Dirogol Kenalan Rakan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top