My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 March 2017

    Trend Lebih Stabil



    Pelaksanaan harga siling petrol dan diesel yang akan diumumkan setiap minggu dijangka memberi pengguna trend harga runcit yang lebih stabil. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, trend secara mingguan itu dilihat lebih baik berbanding siling bulanan seperti yang dilaksanakan sekarang. 

    Malah, beliau berkata, pengenalan mekanisme harga siling mingguan itu dapat mengelakkan perubahan ketara kepada harga runcit petrol dan diesel berbanding pengiraan secara bulanan. “Kalau buat secara mingguan, kita boleh nampak lebih dekat dan tidak secara mendadak. Kalau kita tunggu sebulan, kadang-kadang ia naik mendadak sehingga 25 sen.

    “Jadi, kita buat secara mingguan supaya masyarakat boleh tengok dan boleh pilih dan bila kita letak harga siling minyak, jadi terpulang kepada mana-mana syarikat minyak untuk menjual bawah daripada harga siling,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Cabaran Ekonomi Malaysia dan Pelaksanaan Dasar yang dianjurkan MIDF Research, di sini, semalam. 

    Menurutnya, kerajaan perlu meletak harga siling bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga melepasi paras harga minyak mentah dunia. “Disebabkan itu, kita perlu kawal,” katanya.

    Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipetik sebagai berkata, penetapan harga siling minyak akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding sebulan seperti sekarang. Pengumuman itu akan dibuat pada 1 April ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trend Lebih Stabil Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top