My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 8 March 2017

    Geran RM50 Juta



    Kerajaan menyediakan geran RM50 juta bagi membantu pemain industri komoditi mengatasi masalah berkaitan keselamatan makanan termasuk mengurangkan tahap kebendungan dalam minyak sawit. 

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada jaminan bahawa minyak sawit itu dan produk berkaitannya selamat untuk digunakan sebagai bahan makanan.

    “Sempena 100 tahun pengkomersialan penanaman kelapa sawit di Malaysia, kerajaan akan terus mengutamakan usaha untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan produk minyak sawit sebagai bahan makanan.

    “Setakat ini, kerajaan tidak menetapkan sebarang kaedah bagaimana syarikat boleh mendapatkan geran berkenaan, namun ia terbuka kepada semua kilang dan kilang penapis yang bekerjasama menghasilkan kajian untuk meningkatkan lagi kualiti minyak sawit,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan Global Palm and Lauric Oils Conference 2017, semalam. Menurutnya, Malaysia akan meneruskan pensijilan mandatori bagi memastikan penghasilan minyak sawit yang diperakui dan mampan sebagaimana dalam rangka kerja Minyak Sawit Lestari Malaysia.

    “Ia antara langkah yang perlu diambil bagi memastikan isu keselamatan makanan berkaitan minyak sawit dapat diketengahkan sesuai dengan imej Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit dunia. Ia dilaksanakan secara sukarela sejak dua tahun lalu dan akan dijalankan secara mandatori secara berperingkat- peringkat mulai 31 Disember 2018,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tidak bimbang dengan sekatan dilaksanakan Korea Utara memandangkan eksport minyak sawit dan getah ke negara berkenaan adalah kecil.

    “Pada tahun lalu, eksport minyak sawit ke negara itu sebanyak RM3 juta manakala getah (RM1.2 juta). Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara pada tahun lalu sebanyak RM10.7 juta,” katanya.

    Menurutnya, beliau menjangkakan eksport akan mencecah RM70 bilion tahun ini berbanding RM67 bilion pada tahun lalu manakala harga CPO berada pada kadar RM2,700 hingga RM2,800 setan tahun ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Geran RM50 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top