My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 March 2017

    Pelakon Hebat Pun Tak Macam Ni


    "Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia." Itu kata sutradara Razaisyam Rashid yang kecewa dengan tindakan pelakon Raja Afiq meninggalkan lokasi penggambaran drama Ketupat Rendang Brownies Coklat tanpa sebarang sebab, Ahad lepas. 

    Razaisyam yang juga pengarah filem CEO berkata, dia terkejut dengan tindakan pelakon baru itu yang dianggap sebagai kurang ajar.

    "Sepanjang 10 tahun menjadi pengarah, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini. Sebelum ini saya pernah mengarah pelakon hebat yang memenangi anugerah, tapi mereka okey saja. Tidak ada pula yang buat perangai dan mendatangkan masalah di lokasi.

    "Dia sebagai orang baru dalam industri pula sudah berani menunjukkan sikap begitu. Bukan sahaja dengan saya tetapi juga di depan kru dan pelakon senior lain. Dia sepatutnya berasa malu dengan tindakan itu,” katanya.

    Menurut Razaisyam, masalah timbul apabila Raja Afiq enggan melakonkan dua babak dalam drama itu seperti yang dipersetujui sebelum ini. "Dia mempersoalkan kenapa perlu melakonkan dua babak kerana mengikut pengetahuannya hanya satu babak. Bagi saya itu tak masuk akal kerana pihak produksi sudah memaklumkan perkara ini lebih awal.

    "Kalau memang dia tak mahu terbabit dalam drama ini, kenapa dari awal bersetuju? Seperkara lagi, kalau betul setakat satu babak lebih baik saya menggunakan khidmat pelakon lain,” katanya. 

    Razaisyam turut menjelaskan pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu mula menunjukkan sikap kurang ajar ketika mula sampai di lokasi penggambaran lagi. 

    Sementara itu, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, menafikan dakwaan Razaisyam dia sengaja meninggalkan lokasi penggambaran. "Saya ralat dengan cerita yang tersebar ini. Dalam drama itu, saya hanya buat kemunculan istimewa dalam satu babak.

    "Sudah tentu saya terkejut apabila pihak produksi minta saya menjayakan satu lagi babak tambahan sedangkan pengurus memaklumkan hanya satu babak sahaja,” katanya.

    Raja Afiq juga terkilan apabila pihak produksi marah apabila dia bertanya mengenai babak tambahan itu. "Saya kecil hati apabila dimarahi walhal bertanya secara baik. Justeru, selepas babak selesai saya terus meninggalkan lokasi itu kerana mereka yang tidak profesional,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelakon Hebat Pun Tak Macam Ni Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top