My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 March 2017

    Pusat Judi Terus Digempur


    Seramai 39 orang ditahan dalam 25 serbuan bagi membanteras kegiatan judi haram terutama kaunter menjual loteri haram dan judi siber di seluruh negeri ini. Serbuan dijalankan melibatkan 11 tempat awam yang kebanyakan di kaki lima, lapan premis kedai, tiga kedai runcit dan tiga kedai kopi. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut dijalankan pasukannya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bermula 20 Mac hingga semalam.

    “Kita berjaya menangkap 39 individu iaitu 17 lelaki dan 22 wanita berusia 17 hingga 40 tahun terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan judi haram. “Kesemua ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pusat Judi Terus Digempur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top