My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 20 March 2017

    UEC : Antara Cabaran, Kehendak Dan Masalah




    Memang agak mengejutkan apabila Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa secara tiba-tiba mencadangkan supaya sijil Unified Examination Certificate (UEC) atau lebih dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama. Sijil ini sebenarnya dikeluarkan oleh Sekolah Tinggi Persendirian Cina di mana sijil ini tidak diterima untuk kemasukan ke IPTA di negara ini.

    Sebenarnya, sijil ini telah diwujudkan oleh Dong Jiao Zong melalui Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975. Apa yang menjadi masalah dalam sijil ini adalah, ianya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara yang menggariskan setiap pelajar wajib mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan mereka memasuki IPTA ataupun IPTS.

    Melalui UEC pula, para pelajar yang majoritinya berbangsa Cina diajar melalu bahasa Mandarin dengan matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah disediakan berdasarkan pilihan pelajar. Maka disinilah polemik ini bermula. Persoalannya, adakah tuntutan mengiktiraf UEC ini wajar disokong atau ditentang sama sekali?

    Dapat difahami akan impian dan kemahuan Tan Sri Annuar dalam hal ini. Ianya bukan sesuatu yang agak pelik sebenarnya. Sebelum ini, negeri Sarawak menerusi bekas Ketua Menterinya, Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem telah menjadi negeri pertama yang mengiktiraf sijil ini dan sekaligus melayakkan pelajar yang mempunyai sijil ini melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA dan IPTS.

    Mengambil kira langkah yang di ambil oleh Allahyarham inilah maka beliau turut mencadangan sijil ini di iktiraf. Hujah beliau, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Taiwan telah mengiktiraf sijil ini. Di samping itu, ianya melahirkan graduan-graduan yang tambahan yang mampu menjana tenaga baru di Malaysia.

    Mungkin ada benarnya cadangan Tan Sri Annuar ini. Namun begitu, disebalik nilai positifnya, akan wujud nilai negatif yang begitu hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu. Ramai yang mempersoalkan, kenapa Tan Sri Annuar yang mencadangkan pengiktirafan ini dan bukannya MCA, Gerakan dan SUPP? Kenapa Tan Sri Annuar sanggup mengambil risiko sebegini?

    Jika kita mahu berfikir secara logik, mungkin juga tindakan beliau ini adalah arahan dari pihak atasan dan beliau hanya mengumumkan cadangan ini. Namun begitu, impaknya akan memungkinkan UMNO diserang oleh ahlinya sendiri. Pastinya akan timbul masalah besar andai ada ahlinya sendiri yang bertindak menghentam beliau atas cadangan beliau ini.

    Ramai yang melahirkan kebimbangan apabila lambakan pelajar bukan Melayu akan mengisi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh kaum Melayu hanya menggunakan sijil UEC. Mungkin ini adalah masalah jangka masa panjang yang harus dipertimbangkan dalam memberi pengiktirafan kepada Dong Zong dalam sijil UEC.

    Mungkin juga cadangan ini boleh dipertimbangkan oleh kedua-dua belah pihak. Pihak Dong Zong sewajarnya kembali kepada Dasar Pendidikan Negara yang menggariskan setiap calon wajib mengambil matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai salah satu perkara yang wajar diberkikan tumpuan/

    Bagi pihak UMNO, mungkin cadangan ini wajar dikemukana kepada MCA kerana mereka jauh lebih faham akan keperluan calon-calon dalam sijil UEC ini. Harus diingat, ianya baru cadangan dan belum lagi dilaksanakan. Selagi ianya belum dimuktamadkan, selagi itulah UEC masih belum diiktiraf. Usah mudah melatah kerana Datuk Seri Mohd Najib tahu untuk berlaku adil kepada semua pihak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: UEC : Antara Cabaran, Kehendak Dan Masalah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top