My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 March 2017

    Misi Roboh Tembok Besar China



    MALAYSIA menepati ramalan selaku pilihan utama kejohanan apabila bergaya mara ke pentas final Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh. Kejayaan itu hadir selepas skuad hoki negara berpesta gol membelasah Mesir 5-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Maulana Bhasani semalam. 

    Lima gol itu dijaringkan Muhammad Razie Abd. Rahim (m-15), Mohd. Fitri Saari (m-25), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil (m-30), Muhammad Shahril Saabah (m-44) dan Nik Mohd.

    Aiman Nik Rozemi pada minit ke-49. Ia membolehkan Malaysia, pasukan ranking paling tinggi pada kejohanan tersebut iaitu No. 13 dunia menempah pertemuan dengan pasukan ranking ke-18 dunia, China pada aksi final hari ini.

    Pengurus pasukan, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim optimis para pemainnya mampu menumbangkan China yang mara ke final selepas menang 5-1 ke atas Oman dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.

    “China memiliki pemain-pemain pantas dan mempunyai kemahiran individu yang tinggi. Kami perlu kekalkan fokus untuk terus mencatatkan kemenangan pada kejohanan ini. Bagaimanapun, kami tidak akan sesekali memandang rendah kemampuan China. Saya mahu pemain meneruskan prestasi terbaik mereka ketika ini,” katanya.

    Skuad Malaysian Tigers kendalian Stephen van Huizen mempunyai rekod yang baik ke atas China apabila menang tiga perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan termasuk kemenangan 3-0 pada aksi pemanas badan di Dhaka sebelum bermula kejohanan tersebut.

    Dua lagi kemenangan ke atas China diraih selepas menang besar 5-1 pada Trofi Juara-Juara Asia 2016 di Kuantan, Pahang dan 3-0 sewaktu Separuh Akhir WHL 2015 di Antwerp, Belgium. Malaysia kini berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan akhir Piala Dunia 2018 iaitu Separuh Akhir WHL 2017 di London, England atau Johannesburg, Afrika Selatan pada Jun dan Julai nanti.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Misi Roboh Tembok Besar China Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top