My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 9 March 2017

    Ibu ‘Gengster’ Tampar Guru Dijel



    Seorang suri rumah dipenjara enam bulan dan dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Jawi, Nibong Tebal di sini semalam selepas didapati bersalah menampar seorang guru dua tahun lalu.

    Majistret Shamshol Azwa Martadza menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Seow Yen, 36, selepas pihak pem­belaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencederakan dengan cara menampar muka seorang guru wanita di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Kuang di Sungai Bakap di sini pukul 5.15 petang pada 2 Februari 2015.

    Tertuduh yang mempunyai tiga cahaya mata itu didakwa menampar L. Vanitha selepas mendakwa anak lelakinya yang berusia sembilan tahun telah dicubit oleh guru itu. Dia yang mewarnakan rambut berwarna merah turut mengenakan baju merah ketika hadir ke mahkamah semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ibu ‘Gengster’ Tampar Guru Dijel Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top