My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 28 March 2017

    Ketua Tentera Myanmar Bela Operasi Di Rakhine



    Ketua angkatan tentera Myanmar semalam mempertahankan operasi pembersihan di Rakhine selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berjanji akan menyiasat dakwaan pasukan keselamatan terlibat dalam kempen membunuh dan menyeksa penduduk minoriti Islam Rohingya di negeri berkenaan. 

    Berucap di Yangon sempena hari angkatan tentera semalam, Jeneral Min Aung Hlaing mempertahankan kempen ketenteraan itu.

    “Orang Bengalis (Rohingya) di Negeri Rakhine bukan warganegara Myanmar tetapi merupakan pendatang tanpa izin,” katanya.

    Hampir 75,000 penduduk Ro­hingya lari ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan operasi memburu militan-militan Rohingya yang dituduh menyerang pos sempadan polis di utara Rakhine pada Oktober 2016.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ketua Tentera Myanmar Bela Operasi Di Rakhine Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top