Anggota polis yang bertindak terhadap panggilan kecemasan melalui talian 911 daripada seorang seorang lelaki memberitahu dia membunuh ibunya, terkejut apabila sampai ke lokasi kejadian mendapati remaja 18 tahun berjalan mundar-mandir di jalan raya sambil menjinjing kepala manakala satu lagi tangan memegang pisau berlumuran darah.
Dalam kejadian di Daerah Franklin, Carolina Utafra, Isnin lalu, Oliver Mauricio Funes Machada yang berada di jalan raya depan rumah keluarganya, terus menyerah diri kepada polis yang tiba. Polis kemudian menemui mayat ibunya, Yesenia Funez Beatriz Machada, 35, terbaring dalam rumah dipenuhi kesan tikaman.
Dua adik perempuan Machada turut ditemui dalam rumah berkenaan namun mereka tidak cedera. Jurucakap polis, Kent Winstead berkata, pegawai penyiasat sedang mencari punca Machada membunuh dan memenggal kepala ibunya.
“Keadaan sungguh mengerikan dan ia memberi kesan kepada keluarga mangsa serta jiran,” katanya. Jabatan Penguatkuasa Imigresen dan Kastam menyatakan remaja itu berasal dari Honduras dan memasuki Amerika secara haram.
Dia yang menghadapi dakwaan membunuh, dihadapkan ke mahkamah hari ini dan tidak dibenarkan ikat jamin. Peguam awam yang mewakilinya, C Boyd Sturges III, berkata remaja itu menghadapi masalah mental.
0 comments:
Post a Comment