My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 March 2017

    ECRL Bukan Projek Jual Negara Kepada Pihak Asing


    Melihat kepada projek mega pembangunan East Cost Rail Link (ECRL) yang kini giat dilaksanakan, ianya menggambarkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan sistem perhubungan dipertingkatkan secara sistematik. Sebelum ini, negeri-negeri di Pantai Timur hanya boleh dihubungi menerusi jalan darat dan udara.

    Namun, atas inisiatif kerajaan yang menyedari keperluan mendesak penduduk Pantai Timur yang mahukan sistem perhubungan melalui sistem rel, maka projek ECRL ini dibangunkan.

    Dalam hal ini, Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) memainkan tanggungjawab penting bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggugjawab SPAD bagi memastikan segala keperluan dan aspek pembangunan projek ini berada dalam keadaan terbaik.

    Ketika menghadiri Majlis Pelancaran Pemeriksaan Awam Projek ECRL di ibu pejabat SPAD, Platinum Sentral, KL Sentral baru-baru ini, Datuk Seri Mohd Najib menekankan bahawa projek ini bukanlah projek "menjual negara" kepada pihak asing seperti yang didakwa pembangkang.

    Sambil mengakui, memang kerajaan ada menjalinkan hubungan baik dengan China dan melakukan pinjaman dari Exim Bank untuk membangunkan projek ini, namun ianya dibuat berdasarkan kerjasama antarabangsa antara Malaysia dan China. Kerjasama ini disifatkan beliau sebagai peluang negara untuk mengukuhkan hubungan dengan China.

    Harus diingat, China adalah sebuah negara yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam membangunkan projek mega seumpama ini. Justeru, pada hemat kerajaan, pemilihan China sebagai rakan dalam membangunkan projek ini sebagai tepat.

    Projek ini, apabila siap kelak akan mewujudkan iklim ekonomi terbesar di seluruh Semenanjung Malaysia terutamanya negeri-negeri Pantai Timur menjelang 2030. Justeru, pada hemat Datuk Seri Mohd Najib, tidak ada salahnya Malaysia mempunyai hubungan baik dengan salah sebuah kuasa ekonomi terbesar di dunia.

    Tambahan pula, projek ECRL ini boleh dianggap sebagai pemangkin ekonomi yang mampu mengubah landskap ekonomi. Justeru, beliau mempersoalkan, adakah ini yang dinamakan sebagai menjual negara? Harus ditekankan disini bahawa projek ini adalah untuk rakyat dan ianya bukan satu tindakan untuk menjual negara.

    Untuk sedikit rekod, projek ECRL yang memakan jarak sejauh lebih 600 kilometer ini dijangkakan siap sepenuhnya pada 2024. Jika siap kelak, masa perjalanan antara Kuala Lumpur ke Kelantan hanya akan mengambil masa selama 4 jam sahaja berbanding masa yang diambil jika memandu. Apabila siap sepenuhnya projek ini pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Pantai Timur akan naik sebanyak 1.5 peratus.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ECRL Bukan Projek Jual Negara Kepada Pihak Asing Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top