My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 17 March 2017

    Bukan Setakat Rumah Urut Dan Pusat Judi, Rokok Seludup Pun Banyak Di Bawah Pakatan



    Tiada apa yang dapat menyanggah bahawa negeri Selangor kini dibawah pemerintahan Pakatan Harapan dengan diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dari PKR. Sepanjang pentadbirannya, terlalu banyak isu berbangkit timbul seperti masalah bekalan air, peningkatan penyakit demam denggi, pencemaran sungai dan macam-macam lagi yang secara amnya, gagal ditangani Azmin.

    Tidak ketinggalan juga, deretan rumah urut dan pelacuran serta kedai-kedai judi haram turut tumbuh macam cendawan selepas hujan yang dilihat langsung tidak dipedulikan sangat oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor. Jika ada operasi sekalipun, ianya dilakukan sekali tanpa ada sebarang tangkapan dibuat.

    Sudah kerap kali aduan dibuat mengenai kewujudan rumah-rumah urut, pelacuran dan kedai mesin-mesin judi di Selangor. Malah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus sendiri telah membongkarkan beberapa premis yang menyajikan persundalan dan perjudian mesin haram, dibuka dengan berleluasa tanpa sebarang tindakan komprehensif.

    Tidak terhenti setakat itu, kegiatan penjualan rokok seludup juga dilihat semakin hari semakin meningkat. Sebelum ini, KPDNKK, Kastam dan beberapa agensi lain, giat menjalankan operasi membenteras penjualan rokok seludup ini. Namun apabila memasuki tahun baru, operasi-operasi seperti ini nampaknya semakin lesu dan sedikit demi sedikit semakin hilang.

    Jika di Selangor kegiatan persundalan dan mesin-mesin judi berleluasa, di Parlimen Lembah Pantai yang dikuasai oleh PKR menerusi puteri kesayangan Datuk Seri Anwar, Nurul Izzah, cukup sinonim dengan penjualan rokok seludup. Persoalannya, kenapa perkara ini langsung tidak dibenteras dengan lebih berkesan?

    Ianya bukan sedikit, tetapi cukup banyak sehinggakan boleh membekalkan bekalan rokok ini ke kawasan sekitar. Sudahlah kegiatan persundalan dan kegiatan judi mesin haram gagal dikawal, kini, kemunculan rokok seludup pula seolah-olah sengaja dibiarkan. Bukankah sebelum ini kerajaan telah mengharamkan sebarang penjualan rokok-rokok ini?

    Sepatutnya, keadaan seumpama ini tidak lagi berlaku andai pihak berkuasa kerap memantau keadaan semasa. Bukan hanya sekadar memantau, pihak berkuasa juga harus mengambil tindakan tegas bagi membasmi gejala buruk ini dari berleluasa. Pada masa yang sama, pegawai yang membuat operasi harus sedar akan tanggungjawab mereka membasmi perkara negatif ini dan bukannya menjadi "ejen" tidak rasmi mereka.

    Inilah yang harus ditekakan supaya apa yang dihajati oleh kerajaan mampu dilaksanakan dengan baik. Sepatutnya, semua pihak memainkan peranan untuk menghentikan kegiatan pelacuran dan perjudian mesin haram di Selangor dan penjualan rokok seludup di Lembah Pantai. Ianya bukan perkara mustahil dan ianya boleh diicapai dengan komitmen bersepadu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan Setakat Rumah Urut Dan Pusat Judi, Rokok Seludup Pun Banyak Di Bawah Pakatan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top